Isnin, 26 Julai 2010

Electrify or Fry?!!


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Pic taken from Sedik Esplanade, Kudat.
Photo Credit to C. Makulim

Sabah is definitely a good place to stay…

Listed below are the reasons given why it’s worth a stay in Sabah:

1) Nice beach

2) Nice scenery

3) Relaxing

4) Friendly & warm greetings from Sabahan

5) Sabah bahhhhhh…

6) I want to conquer Mount Kinabalu

7) I like adventurous stuff like river rafting

8 ) Enjoy the nature

9) Sexy & Beautiful ladies – The Kadazan & The Dusun

10) I love Sabah!!!

What does electrifying or frying has to do with all these reasons?!!!!

Ah Moi: Aiyoh, why you didn’t pay electricity bill this month?

Ha Moi: What?!!I have paid already lahh! Wait, let me call SESB!

Ha Moi: Harloww..SESB?? Kenapa rumah sa kana putung elektrik ooo?? Sa ssuuuuudah bayar itu bil elektrik.

Minah Sambut Talipon: Tunggu aaa..Ko panggil ini nombor. Dua ampat anam, lima anam anam..

Ha Moi: SESB?? Aiyoh sa punya rumah kena putung elektrik, ancik..Amacam ooo..Sa ada bayar itu bil elektrik..

Bilik 3: Iyakah? Bila ko bayar itu bil? Bagi nombor akaun SESB cik?

Ha Moi: Sa bayar 7haribulan anam mahh…Nombor akaun 12345678

Bilik 3: Wahhh..patutlahh..Ah Moi aaaa..Lu bayar selepas itu tempoh bayar, mesti kana putung elektrik punya sebab kami masih belum update itu sistem..Len kali bayar awal sikit mahh…

Ha Moi: -_- ”

Guess what happened at night?

Bi Ko Moi: Ha Moi, how to take shower if like that?  Very cold. Where is the candle? Ha Moi? Ha Moi? Ha Moi aaaaaaa..Where are you???!!!

Ha Moi: ZzZZzzzzzZZzzzzzZZZZZzzzzZZZZzzzzzzzzzZZZZZzz

If you were in this kinda situation, do you feel like you want to fry that person just because they simply didn’t update the system effectively and cut your house electricity? And guess what?!! You have to live in darkness for 48 hours in order for the power supply to be connected to your house again?!!


P/S: Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!

P/S/S: Fry them out once for all!!

Sabtu, 26 Jun 2010

Power Saving Tips for BlackBerry SmartPhone


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



It might be a stretch to call this "going green", it isn't on par with using reusable bags or replacing your light bulbs with energy efficient bulbs, but these are a few tips to help you maximize your battery charge!

Network Connections
Turn off unused connections when not in use for example: Wi-Fi ® Bluetooth® (Manage Connections)
Use “Auto On/Off” (Options>AutoOn/Off)
Use a single mode only. Choose 2G or 3G rather than 2G and 3G. (Options>Mobile Network)

Applications
When exiting, be sure to close the app, not leave it running in the background. (close with the ESC key, the rounded arrow not red power end key. Or, choose Menu button menu_key_bb_bullets_39752_11.jpg and scroll down to close)
Log out of applications when they are not needed.

Screen/Keyboard
Reduce Backlight Timeout (Options> Screen/Keyboard)
Reduce Backlight Brightness (Options > Screen/Keyboard)
Use a device holster (this turns off LCD automatically when you put your device away)
Set Audible Roll for your trackball to mute (Options> Screen/Keyboard)
Key Tone Off (Options> Screen/Keyboard)

Camera
Turn off flash (Camera > Options)
Set picture size to Small (Camera > Options)
Set Color Effect to Normal (Camera > Options)
Set Picture Quality to Normal (Camera > Options)

GPS
Turn off GPS when not required (Options > Advanced Options  > GPS)
Use the zoom out function to get the largest viewable area that you can still use usefully.

Browsing

Close browser when finished using (close with ESC key, not red End key)
This is pretty big list, do you have any additions? Or maybe just some general "green" tips for life?

~BlackBerry Community Post~

Rabu, 26 Mei 2010

Rentung, Putus Dua Akibat Curi Kabel


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Oleh Muhammad Aifat
am@hmetro.com.my

Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.


Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.


Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.

“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya. – myMetro

Ahad, 14 Februari 2010

Keselamatan Elektrik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Tak tau nak kata apa..... korang kata lah dalam hati masing-masing... 

Kalau ikut sumber dari emel, jenis kipas, bentuk siling, boleh dikatakan lokasi 'kejadian' ni di Malaysia, cuma pengirim emel tu kata; "done by wireman from bangla". Lepas tu dia kata; "Ha ha haaaaaaaaaaaa... sakit perut , gelak".....

Aku lak kata, hanya Orang Kompeten Mengenal Elektrik, jadi benda-benda elektrik ni bagi la kat yang pakar iaitu Orang Kompeten Elektrik!


Jumaat, 15 Januari 2010

Keselamatan Elektrik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Seorang petani di Ilionis, USA kehairanan apabila beberapa ekor biri-biri ternakannya hilang. Setelah beberapa ketika, beliau cuba memasang pagar elektrik.

Seminggu kemudian, ini yang dijumpai!



Jumaat, 10 Julai 2009

Keselamatan Elektrik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Anak sapa la ni ek? Cuba perhatikan, apa masalah dengan gambar di atas ni? 

Dapat? 

Ya betul, yang ada bulatan merah......

...... kot iya pun nak bersuka ria, jangan la sampai jadi bodoh macam mereka.

Walaupun air bukanlah pengalir arus elektrik yang paling baik, ia masih boleh mengalirkan elektrik dan dalam jumlah yang boleh membunuh!

Jadi, moral of the story isdon't you ever do this at home or at your friend's home or your parent's home or at your in-law's home or anywhere in the whole world or entire galaxy! 

Ingatlah orang yang tersayang..... :)

Jumaat, 3 Julai 2009

Gangguan Bekalan Elektrik TNB


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Mengikut catatan di laman web TNB, akan berlaku gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan seluruh Malaysia untuk kerja-kerja penyelenggaraan atau naik taraf.

Kerja-kerja tersebut dilakukan secara berperingkat sehingga Ogos 2009.

Semak jadual dan kawasan terlibat di SINI.

Sabtu, 6 Jun 2009

Kempen Jimat Tenaga "SWITCH!" Sime Darby


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


SIME Darby Bhd melancarkan ‘Switch!’ iaitu kempen inisiatif jimat tenaga yang disasarkan kepada 10,000 kediaman di kawasan perbandaran dibangunkan kumpulan itu di Lembah Klang.

Fasa pertama kempen, Sime Darby menawarkan 100,000 mentol lampu jimat tenaga untuk ditukarkan pada harga diskaun kepada pemilik kediaman dimajukan kumpulan di Subang Jaya, UEP Subang Jaya/USJ Heights, Bandar Bukit Raja, Ara Damansara, Denai Alam, Bukit Jelutong dan Putra Heights.

Setiap rumah boleh membeli sekotak mengandungi lapan unit mentol jimat tenaga pada harga potongan serendah RM50 berbanding RM160 sekotak, siapa cepat dia dapat. 

Pemilik kediaman yang berminat mengambil bahagian dalam kempen itu dimestikan mendaftar di laman web www.simedarby.com/switch mulai hari ini sehingga 100,000 unit mentol habis.


Peserta boleh memilih mana-mana empat lokasi untuk membuat penukaran iaitu galeri jualan Sime Darby di Ara Damansara, Bandar Bukit Raja, Wisma UEP Subang Jaya dan Sime Darby Pavillion di Bukit Jelutong. 

Sebagai insentif tambahan, Sime Darby bekerjasama dengan Majlis Tenaga Malaysia [Energy Council of Malaysia (ECOM)] untuk pertandingan bagi rumah yang menunjukkan pengurangan penggunaan tenaga elektrik ketara semalam sepanjang 12 bulan menggunakan mentol jimat tenaga berkenaan. 

Kempen ini mendapat kerjasama pengeluar lampu jimat tenaga, OSRAM dan Kualiti Khidmat Alam. 


P/S: Mereka yang terlibat memang patut ambil peluang ni. Harga sebiji mentol ES 18 watt di pasaran +- RM15.00. 

P/P/S: Ada orang kata, sekurang-kurangnya 100,000 ribu mentol ini akan menampakkan perubahan penggunaan tenaga, tapi saya kata, TNB tetap perlu bayar IPP jumlah sepatutnya walaupun kita semua bergelap sepanjang tahun! 

P/P/S: Untuk peserta yang dah mendaftar. kalau dah guna mentol jimat tenaga ni masih rasa tak kurang juga bil, klik SINI.

Ahad, 3 Mei 2009

Bahaya Elektrik Di Stesen Komuter


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



Ramai orang tahu elektrik telah banyak membantu dalam kehidupan kita tapi ramai yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu bahaya elektrik.

Jika kita lihat di stesen-stesen  dan landasan komuter di Malaysia, masih ramai yang tidak mengendahkan larangan-larangan keselamatan. Berikut adalah video orang yang agak "kureng" "bermain" elektrik di stesen komuter di Negara Pasir Berdengung.....


Bak kata si Ceplos di TV9, renung-renungkan.....

Ahad, 22 Mac 2009

Earth Hour 2009


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Saya pernah menulis berkenaan benda ni tahun lepas di SINI. Ketika itu, taklah sehangat tahun ni. 

Ada orang kata, orang yang kata ye....., "Earth Hour ni nak bagi mesej kat siapa?". Bagi saya, kalau di Malaysia ni, secara tak langsung sedikit sebanyak mesej ini pasti akan dirasai oleh TNB. 


Pada 28 Mac 2009 jam 8.30pm, bandar raya-bandar raya dan bandar-bandar merentasi dunia dijangka akan mengambil tindakan memadamkan lampu-lampu selama satu jam. ‘Earth Hour’ membawa satu mesej global yang bermakna untuk mengambil tindakan yang mungkin dalam menangani isu pemanasan global iaitu memadamkan lampu secara serentak di peringkat dunia. 

Dengan mengambil langkah hanya semudah menutup suis lampu dan menggalakkan bandar raya secara menyeluruh untuk menjalankan tindakan ini, satu mesej yang bermakna dapat dikeluarkan tentang keperluan segera untuk isu perubahan iklim, dan menunjukkan bahawa sejumlah ramai orang berpeluang melakukan satu kelainan. 

‘Earth Hour 2009’ dijangka akan menjadi satu panggilan yang berkesan untuk tindakan bagi sejumlah ramai individu, kerajaan dan organisasi perniagaan dalam mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan secara bersama. Bangunan-bangunan ikonik dan mercu tanda merentasi Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika dijangka akan bergelap buat seketika. 

‘Earth Hour’ adalah satu pesanan yang mengharapkan satu tindakan. Bayangkan apa yang akan kita dapat lakukan jika kita bertindak bersama? 

Sertai ‘Earth Hour 2009’: http://earthhour.org

Sabtu, 28 Februari 2009

Tarif Elektrik Terkini


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Bermula 1 Mac 2009, tarif baru elektrik berkuatkuasa.

1. Menurut TNB, tarif baru ini mencerminkan penurunan harga gas serta mengambil kira peningkatan harga arang batu.

2. Kadar tarif bagi pengguna domestik/kediaman dengan penggunaan elektrik sehingga 200 kwj dikekalkan pada 21.8 sen/kwj.

3. Subsidi kepada pengguna kediaman/domestik yang penggunaannya sehingga RM 20.00 kekal sehingga Disember 2009.

4. Kadar penurunan purata:

Sektor Industri: 5 %

Sektor Komersial: 2.7 %

Pengguna Kediaman/Domestik: 2.54 % 



Klik Pada Jadual Untuk Besarkan
Klik Pada Jadual Untuk Besarkan


Sumber: TNB

Kesimpulannya:

P/S: Penurunan tarif ini tidak memanfaatkan pengguna sederhana di mana bil sebulan di antara RM 20.00 sehingga RM 43.60

P/P/S: Bagi pengguna komersial & industri, mungkin dah boleh berkira-kira bagi staff sedikit bonus! (Bonus makan tengahari sekali je la.....)

P/P/P/S: Mungkin disebabkan no. 2, tak nampak lagi harga barangan turun seiring penurunan harga elektrik :( .... :) .


Khamis, 15 Januari 2009

Setuju Tarif Elektrik Disemak Semula – Malaysiakini


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya semakan semula harga gas untuk sektor penjanaan elektrik dilakukan dengan segera oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kementeriannya memerlukan tiga minggu untuk menyediakan tarif elektrik yang baru yang selari dengan harga gas baru yang dicadangkan oleh EPU.

''Selaras dengan penurunan harga minyak dan atas keprihatinan terhadap cadangan pihak industri, harga gas yang dijual oleh Petronas kepada sektor elektrik akan dikaji semula dan kadar tarif elektrik akan disemak semula dalam masa terdekat ini.

''Penyelarasan tarif elektrik ini jika boleh dipertimbangkan akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam merangsangkan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Shaziman, pada asalnya kerajaan bercadang untuk mengkaji semula tarif elektrik pada Jun tahun ini untuk dikuatkuasakan sebulan selepas itu selaras dengan kajian semula harga gas kepada sektor elektrik.

''Semasa kenaikan tarif elektrik pada tahun lepas, kerajaan terpaksa menyemak semula harga gas kerana kenaikan harga minyak dunia turut memberi kesan kepada harga gas dan arang batu di pasaran tempatan.

''Semakan semula itu juga sebagai langkah mengurangkan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dan mengambil kira harga arang batu di pasaran dunia yang meningkat secara mendadak," katanya.

Berlandaskan keadaan pada masa itu, Shaziman memberitahu, kadar tarif elektrik dikekalkan pada kadar sedia ada bagi pengguna-pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 200 kWj sebulan iaitu 21.8 sen/kWj .

''Bagi pengguna-pengguna elektrik antara 201 hingga 400 kWj pula, tarif elektrik yang dikenakan ialah 21.8 sen/kWj bagi 200 unit pertama manakala unit-unit seterusnya pada kadar 34.5 sen/kWj.

Diambil dari Topengperak_Xinwugi®

P/S: Hmmmm.... Boleh percaya ke? Dulu kata tak naik tarif, naik gak... Sekarang kata nak turunkan? Hmmmmm...... 

P/P/S: Tak menafikan segala kemungkinan....

Ahad, 28 Disember 2008

Malacca: City of lights (Bandaraya Bercahaya)


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Cerita dan gambar: CHEN PELF YEEN - The Star Online
1. Melaka sebagai bandaraya berstatus Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal terkenal dengan jolokan "Bandaraya Bercahaya" or something like that.....


Masjid Selat, Pulau Melaka dihiasi cahaya pelbagai warna

2. Jolokan ini jelas apabila anda memandu sekeliling kota atau menaiki cruise 4 km di sepanjang sungai Melaka.

3. Bagi kebanyakan orang tempatan dan pelancong, pemandangan ini adalah suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan bila mana lokasi popular seperti kawasan Kompleks Stadhuys, Jonker & Heeren Street, deretan bangunan lama yang telah dibaikpulih dan sungai Melaka yang diperindahkan disirami cahaya.

Jonker Street di waktu malam

Eye On Malaysia yang terletak bersebelahan Sungai Melaka
turut dihiasi pelbagai lampu berwarna-warni


4. Idea ini selaras dengan visi KM, DS Mohd Ali Rustam untuk lebih menceriakan bandaraya ini serta mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan, mengambil Paris dan Singapura sebagai model. 

5. Sehingga tahun 2008, 87,946 lampu jalan telah dipasang dan dijangka pada 2010 akan ada keseluruhan 91,946 lampu jalan samada di dalam atau pinggir bandar.

Selain bangunan, pokok-pokok besar juga dihiasi lampu

6. Datuk Bandar, Yusof Jantan menyatakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah membayar RM800 ribu sebulan untuk bil elektrik TNB atau RM8.4 juta setahun.

7. Walaubagaimanapun masih terdapat rancangan untuk menambah lagi pemasangan lampu di bawah slogan majlis, Bersih dan Indah.

8. RM80 ribu dibelanjakan untuk pemasangan lampu di sesetengah kawasan.

9. Selain mempromosikan pelancongan, kajian yang dijalankan mendapati kawasan yang diterangi cahaya mengurangkan kadar jenayah sehingga 30%.

Saiful: Huh! RM800 ribu sebulan untuk bil elektrik!

Ahad, 14 Disember 2008

TNB Terpaksa Bayar IPP "Tenaga Tak Diguna" Tambahan RM500 juta Tahun Hadapan!


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



Petaling Jaya: Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu mencari alternatif lain untuk membayar RM 500 juta kepada pemilik Jimah Power Plant dan bukan membebankannya kepada pengguna, kata FOMCA.

"TNB perlu menguruskan kewangannya dengan cekap dan menyediakan simpanan sendiri apabila menghadapi kerugian", kata presiden FOMCA, Datuk N. Marimuthu.
Katanya lagi, jika pengguna boleh menguruskan perbelanjaan masing-masing secara berhemah, TNB sepatutnya lebih lagi kerana mempunyai pekerja-pekerja yang kompeten dan berkebolehan menghadapi situasi seperti ini.

Bermula Januari 2009, TNB perlu membayar lebihan tenaga yang tidak diperlukan apabila Jimah Power Plant memulakan operasi. Untuk rekod, pada masa ini, TNB membayar RM 3 billion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Saiful: Ish...ish....ish....  8->

Ahad, 13 Julai 2008

Asal Perkataan ELEKTRIK


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Thomas Edison

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. 

Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. 

Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . 

Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. 

Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang……..

Hu...hu....hu..... Lawak je...
Sumber asal: cicakcun_83 @ ReSpeKs

Jumaat, 4 Julai 2008

LED Jimat 40% Kos Elektrik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


EVOLUSI pencahayaan diteruskan apabila inovasi terkini lampu diod pemancar cahaya (LED) dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan lampu fluorescent kompak (CFL) dan mentol tradisional lain di pasaran.

Lampu ini mampu menjimatkan tenaga elektrik kerana hanya menghasilkan tiga watt tenaga selain mampu mengurangkan pemanasan global yang menjadi isu hangat diperbahaskan.
Pengurus Sokongan Aplikasi Pencahayaan Philips ASEAN, Matthew Cobham, berkata lampu LED juga mesra alam kerana sumber pembuatannya tidak mengandungi raksa dan mempunyai jangka hayat lebih lama.
Gambar di atas adalah lampu LED yang bersaiz & bentuk seperti lampu kalimantang 18 watt
“LED adalah inovasi terkini yang mampu melindungi alam sekitar terutama dari kebocoran raksa di samping ia sebagai contoh teknologi yang tidak melupakan tahap efisyen tenaga malah LED adalah jawapan kepada isu peningkatan kos elektrik,” kata Cobham.

Katanya, kestabilan lampu LED membolehkannya tahan lebih lama yang turut mengurangkan kos penyelenggaraan kerana pengguna tidak lagi perlu kerap menukar mentol malah ia 10 kali lebih cerah.
“Saya ingin memaklumkan, jika semua lampu di Asia Pasifik ditukar kepada pencahayaan cekap tenaga seperti LED, bil elektrik akan berkurangan sehingga 40 peratus,” katanya.

Cobham berkata, ia turut mengurangkan kos tenaga setiap tahun iaitu RM195 bilion, mengurangkan 245 ton pengeluaran karbon dioksida setahun, 55 juta tong minyak setahun dan mengurangkan 190 tapak pemprosesan tenaga.

Pengumuman Kerajaan Malaysia mengenai kenaikan tarif elektrik membebankan namun dengan lampu LED, ia penyelesaian terbaik yang mengurangkan masalah kepada peng guna walaupun kos membelinya agak mahal.

Tambahnya, dari segi hiasan dan rekaan, lampu LED adalah pilihan terbaru kepada pereka untuk dijadikan sumber dalam rekaan mereka.

“Lampu LED sangat bersesuaian sama ada untuk rumah atau pejabat kerana ia memiliki 16 juta warna berlainan malah jika digunakan di dinding, ia memberi warna mengikut ke sesuaian dan boleh ditukar bila-bila masa.

Contohnya, pengguna tidak lagi perlu menukar cat jika mahu warna yang baru tapi cukup dengan menukar lampu LED memberikan kepelbagaian warna dikehendaki di din ding rumah atau pejabat.

Jumaat, 27 Jun 2008

Kuasa Solar Di Malaysia


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



Malaysia sudah pun terlibat dalam teknologi ini sejak lebih dari 10 tahun. Pihak TNB menerusi agensinya, TNRD telah membuat kajian dan mencuba dibeberapa tempat seperti di Kuarters kakitangan dan komuniti luar bandar. Beberapa pakar dari universiti tempatan juga dalam masa yang sama membuat R&D masing-masing.

Solar panel biasanya merujuk kepada sistem solar water heater (seperti yang dipasang di bumbung-bumbung rumah). Solar module biasanya merujuk kepada sistem solar photovoltaic (PV). Ianya dipanggil module sebab sistem ini adalah modular (boleh dipasang mengikut kapasiti yang dikehendaki samada secara siri atau selari bergantung dengan konfigurasi sistem).


Secara purata hasil dari kajian R&D tempatan, Energy Yield adalah 1,200 kWh/kWpeak/year. Maksudnya, setiap 1 kWpeak solar PV akan menjana 1,200kWh tenaga elektrik setahun. Sekiranya anda menggunakan tenaga 400kWh/month (12 * 400 = 4800 kWh/year), maka kapasiti yang diperlukan ialah (4800/1200) = 4 kWp.

Solar panel sistem pula terdiri kepada 2 jenis, Storage sistem dan juga Grid Connected.

Storage system biasanya mempunyai bateri untuk menyimpan tenaga yang dijana pada waktu siang dan diguna pada waktu malam (juga sebahagian di siang hari). Sistem ini juga biasanya digabung dengan beberapa sumber tenaga seperti janakuasa diesel atau kincir angin atau kedua-dua sekali, yang mana juga dinamakan Solar Hibrid.

Sistem ini telahpun dipasang di beberapa komuniti pedalaman dan juga kini sedang dalam proses dipasang di sekolah-sekolah luar bandar di Sabah & Sarawak yang mana jauh dari grid bekalan elektrik. Pulau-pulau peranginan di Semenanjung Malaysia juga tidak ketinggalan seperti di Pulau Perhentian (Hibrid Solar+Diesel+ angin), Pulau kapas, etc.

Grid connected system pula merupakan sistem yang disambung secara selari dengan bekalan elektrik utiliti (TNB - utiliti company di Semenanjung, SESB - di Sabah dan SESCO - di Sarawak). Sistem ini tidak mempunyai sistem bateri untuk simpanan tenaga. Tenaga yang dijana (sebahagiannya diguna oleh premis itu sendiri) akan disalurkan (export) ke grid utiliti atau dalam erti kata lain, dijual ke grid. 

Diwaktu malam (atau waktu dimana penggunaan tenaga elektrik melebihi kapasiti yang dijana), tenaga elektrik ini akan dibeli semua (import) dari grid utiliti. Dalam erti kata lain, grid utiliti (TNB) merupakan 'sistem bateri untuk menyimpan lebihan tenaga'. Proses import-export ini berlaku secara automatik tanpa melibatkan sebarang sistem mekaniakal atau switch gear dan dirakam/rekod oleh sistem meter yang mempunyai kemudahan import-export feature.

Sistem grid connected ini telahpun dipasang dibeberapa buah rumah, sekolah dan pejabat kerajaan. TNB pula telah memasang sistem ini di beberapa premis TNB sejak lebih dari 10 tahun dulu sebagai kajian. Kerajaan Malaysia dengan kerjasama UNDP-GEF (Global Environment Facility) sedang bekerjasama untuk memajukan industri ini menerusi projek Malaysia Building Integrated Photo-Voltaic (MBIPV) yang diurus oleh Pusat Tenaga Malaysia (PTM) di Bangi. Projek ini dianggotai oleh pakar tempatan dan luar negara yang diketuai oleh pakar dari TNRD. 

Salah satu matlamatnya ialah untuk mengurangkan harga pemasangan teknologi PV menerusi insentif-insentif khas termasuk technology transfer. Mereka-mereka yang ingin menyertai program ini (Suria 1000 programme) atau BIPV demo programme, bolehlah menghubungi PTM. Maklumat projek dan aktiviti ada di sini atau sini. BIPV bermaksud sistem solar PV ini diintegrasi dengan sistem struktur bangunan. Contohnya, module PV tersebut menjadi sebahagian dari bumbung bangunan (atau di negara beriklim sejuk, sistem ini diintegrasi dengan bumbung dan juga dinding bangunan).

Untuk makluman, sistem ini telah dipasang di;

a) Bangunan Pusat Tenaga Malaysia PTM ZEO (Towards Zero Energy Office building) di Bangi (Maklumat lanjut di sini atau sini.)
b) Sekolah Menengah Sri Aman, Petaling Jaya.
c) Beberapa rumah di Presint 16, Putrajaya.
d) Bangunan HQ Putrajaya Perdana, Precint 16, Putrajaya
e) Beberapa rumah milik persendirian di sekitar Kuala Lumpur, Subang, Semenyih, Melaka, etc.
f) Bangunan Suruhanjaya Tenaga Malaysia Sustainable Building, Precint 2, Putrajaya (sedang dalam pembinaan)
g) Sedang dalam proses - pihak pemaju perumahan dan beberapa rumah persendirian (mungkin anda salah seorang yang berminat, boleh mencuba)

Mengenai harga sistem BIPV ini ianya bergantung dengan teknologi yang digunakan samada module Polycrystaline, Monocrystaline atau Amorphous (thin film). Secara umum, harga pemasangan sistem BIPV (lengkap dengan pemasangan termasuk inverter) adalah dalam RM23-25K / kWpeak. Harga ini menurun dari tahun ke tahun. Tahun lepas adalah RM 28K/kWp. Rules of thumb, jika anda ingin memasang 4 kWp BIPV, maka anggaran kosnya ialah RM23,000 X 4Kwp = RM92,000. Harganya mungkin lebih tinggi jika ianya dibuat tanpa merujuk kepada pakar BIPV atau MPIA (Persatuan Perusahaan Photovoltaic Malaysia). Di Malaysia, hasil dari kerjasama pihak kerajaan, universiti tempatan, TNB dan SIRIM, telah diwujudkan satu standard pemasangan sistem PV. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan salinan dari SIRIM (Department of Standard).

Selain itu, kepada mereka-mereka yang berminat untuk menceburi bidang BIPV, bolehlah mengikuti kursus kompentasi anjuran Pusat Tenaga Malaysia-MBIPV projek di Bangi. Kursus ini meliputi latihan teori, praktikal dan ujian. Untuk pengetahuan, pihak PTM-MBIPV dan MPIA mendapat kelulusan/akreditasi dari badan antarabangsa untuk menganjur kursus tersebut. Maklumat lanjut di sini.

Untuk pengetahuan, terkini ada 2 syarikat international sedang dalam proses membuka kilang PV module di Malaysia. Satu di Kulim (First Solar) dan satu di Dengkil-Cyberjaya (3 minggu lepas ada iklan pengambilan pekerja dalam akhbar). Dikhabarkan terdapat satu lagi syarikat international dari US sedang berunding untuk masuk ke Malaysia. 

Kita berharap dengan adanya kemajuan dalam industri ini, maka kos pemasangan akan menurun menjadi viable. Sama sperti, industri telefon bimbit dahulu. Dulu cuma tokeh balak / org kaya / company sahaja yang mampu memiliki telefon mudah alih (sebesar tong gelen - ATUR) yang berharga berbelas ribu ringgit. Kini, harga telefon bimbit yang baru boleh serendah RM99. Itu belum lagi yang 2nd hand. Budak sekolah pun mampu beli.

Sumber:  asetip / melayu-trade

Jumaat, 20 Jun 2008

Sejarah Kereta Elektrik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Sejak 175 tahun kereta elektrik dicipta

Kenaikan harga bahan api kebelakangan ini, kembali mempopularkan kereta berkuasa elektrik hinggakan pengeluar kereta seluruh dunia berlumba-lumba mempercepat R & D bagi menghasilkan kereta elektrik yang efisyen tetapi mampu milik. Namun bukan ini yang saya ingin ulas sebenarnya. Kali ini saya tulis berkenaan sejarah kereta elektrik.


Pengenalan

Kereta elektrik pertama berada di jalanraya pada tahun 1830-an, 30 tahun sebelum Perang Saudara Amerika malah ianya lebih popular ketika itu. Pada tahun 1900, dari 4912 kereta yang dihasilkan, 28% adalah kereta elektrik dan pada tahun 1903, penjualan kereta berkuasa elektrik mengatasi kereta berkuasa gasolin, mewakili 1/3 dari jumlah kereta yang berada di jalan-jalan di New York, Boston dan Chicago.

Apa yang menyebabkan kereta elektrik popular? Secara asasnya, penyebab kejayaannya adalah seperti apa yang orang zaman sekarang fikirkan berkenaan kereta elektrik pada hari ini; ia lebih senyap, mudah dipandu dan yang lebih penting tidak menghasilkan bau atau gas berbahaya.

Kuasa Bateri

Kereta elektrik pertama dicipta oleh Robert Anderson dari Scotland pada tahun 1830-an dikuasakan bateri yang tidak boleh dicas semula. Ketika itu, kereta masih dikuasakan dengan enjin stim. Orang-orang Perancis telah memperbaiki kaedah penyimpanan kuasa bateri dan semenjak itu, kereta elektrik berkembang di Perancis dan Britain pada lewat 1800-an dan di Amerika pada awal 1900-an.

Ketika itu kereta elektrik hanya boleh bergerak sehingga 20 batu/jam dan terhad kepada golongan berada dan ‘target’ pasarannya pula ialah wanita kerana faktor pengendalian yang mudah (ketika itu kereta berkuasa gasolin susah untuk dihidupkan dan sangat bahaya!). Pada 1900, rekod kelajuan 66 batu/jam dicatatkan menggunakan bateri 12 volt dan rekod perjalanan bagi satu bateri ialah 180 batu.

“Kepupusan” Kereta Elektrik

Ketika itu, apa sebenarnya yang berlaku kepada kereta elektrik? Pengurangan permintaan disebabkan oleh 2 individu berikut; Henry Ford dan Anthony Lucas.
Nama Henry Ford muncul pada tahun 1930 dengan kata-kata, “ I WILL BUILD A CAR FOR THE GREAT MULTITUDE”. 


Pada tahun 1908 pengeluaran kereta dilakukan secara besar-besaran. Model T boleh dipasang dalam 93 minit sahaja! Ini bermakna kereta berenjin gasolin lebih mampu dimiliki. 


Pada tahun 1912, sebuah kereta elektrik dijual dengan harga $1750.00 manakala saingannya dijual pada harga hanya $650.00.
Penjualan kereta elektrik sampai kemuncaknya pada tahun 1912 dan terus merudum selepas itu.

Dibantu dengan faktor penemuan EMAS HITAM oleh Anthony Lucas di Spindletop pada 1901 menyebabkan penggunaan kereta adalah sesuatu yang boleh dikatakan termampu ramai.

Sudah lebih 100 tahun semenjak Ford mengeluarkan kereta secara besar-besaran, kereta berkuasa bahan bakar petrol masih mendominasi pasaran. Walaubagaimanapun, tidak seperti peristiwa Spindletop pada 1901, harga minyak semakin meningkat pada hari ini. Malah Ford Motor Co sekarang sedang mencari jalan bagi menghasilkan kereta elektrik yang mampu milik, bayangkan ketika mereka mula-mula menyingkirkan penguasaan kereta elektrik dahulu!
© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin