Isnin, 30 Mei 2011

Tarif Elektrik Sah Naik!


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia






Berita baik yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Tarif elektrik sah naik berkuatkuasa 1 Jun 2011.

Tarif purata meningkat sebanyak 7.12%.

Kenaikan ini mengikut laman web TNB disebabkan oleh:

1. Kenaikan purata 5.12% berikutan peningkatan sebanyak 28% harga gas asli sektor tenaga iaitu daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU; dan

2. Kenaikan purata 2.0% untuk menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak Jun 2006.

Mengikut kata sumber-sumber kerajaan pula kenaikan ini adalah satu proses perasionalisasian subsidi.

Walaubagaimanapun, pengguna domestik dengan penggunaan kurang 300 kwh tidak terkesan SECARA LANGSUNG dengan kenaikan ini. 

Pengguna domestik tidak dapat tidak pastinya khuatir yang  pengguna industri & komersial yang mengalami kenaikan tarif sehingga 10% akan cuba meletakkan "bebanan tambahan"  ini kepada pengguna.

Ketika berita ini ditulis, belum ada jadual tarif yang spesifik dikeluarkan TNB. Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut.

Kemaskini 31 Mei 2011:
Jadual Tarif Elektrik Berkuatkuasa 1 Jun 2011 (Klik mengikut kategori)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila....sila...sila tambah lauk..... :)

© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin