Cerita dan gambar: CHEN PELF YEEN - The Star Online
1. Melaka sebagai bandaraya berstatus Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal terkenal dengan jolokan "Bandaraya Bercahaya" or something like that.....
Masjid Selat, Pulau Melaka dihiasi cahaya pelbagai warna |
2. Jolokan ini jelas apabila anda memandu sekeliling kota atau
menaiki cruise 4 km di sepanjang sungai Melaka.
3. Bagi kebanyakan orang tempatan dan pelancong, pemandangan ini
adalah suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan bila mana lokasi popular
seperti kawasan Kompleks Stadhuys, Jonker & Heeren Street, deretan bangunan
lama yang telah dibaikpulih dan sungai Melaka yang diperindahkan disirami
cahaya.
Jonker Street di waktu malam |
Eye On Malaysia yang terletak bersebelahan Sungai Melaka turut dihiasi pelbagai lampu berwarna-warni |
4. Idea ini selaras dengan
visi KM, DS Mohd Ali Rustam untuk lebih menceriakan bandaraya ini serta
mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan, mengambil Paris dan Singapura
sebagai model.
5. Sehingga tahun 2008, 87,946 lampu jalan telah dipasang dan
dijangka pada 2010 akan ada keseluruhan 91,946 lampu jalan samada di dalam atau
pinggir bandar.
Selain bangunan, pokok-pokok besar juga dihiasi lampu |
6. Datuk Bandar, Yusof
Jantan menyatakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah membayar RM800 ribu
sebulan untuk bil elektrik TNB atau RM8.4 juta setahun.
7. Walaubagaimanapun masih
terdapat rancangan untuk menambah lagi pemasangan lampu di bawah slogan majlis, Bersih dan Indah.
8. RM80 ribu dibelanjakan
untuk pemasangan lampu di sesetengah kawasan.
9. Selain mempromosikan
pelancongan, kajian yang dijalankan mendapati kawasan yang diterangi cahaya
mengurangkan kadar jenayah sehingga 30%.
Saiful:
Huh! RM800 ribu sebulan untuk bil elektrik!