Memaparkan catatan dengan label Hibrid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hibrid. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Jun 2008

Kuasa Solar Di Malaysia


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



Malaysia sudah pun terlibat dalam teknologi ini sejak lebih dari 10 tahun. Pihak TNB menerusi agensinya, TNRD telah membuat kajian dan mencuba dibeberapa tempat seperti di Kuarters kakitangan dan komuniti luar bandar. Beberapa pakar dari universiti tempatan juga dalam masa yang sama membuat R&D masing-masing.

Solar panel biasanya merujuk kepada sistem solar water heater (seperti yang dipasang di bumbung-bumbung rumah). Solar module biasanya merujuk kepada sistem solar photovoltaic (PV). Ianya dipanggil module sebab sistem ini adalah modular (boleh dipasang mengikut kapasiti yang dikehendaki samada secara siri atau selari bergantung dengan konfigurasi sistem).


Secara purata hasil dari kajian R&D tempatan, Energy Yield adalah 1,200 kWh/kWpeak/year. Maksudnya, setiap 1 kWpeak solar PV akan menjana 1,200kWh tenaga elektrik setahun. Sekiranya anda menggunakan tenaga 400kWh/month (12 * 400 = 4800 kWh/year), maka kapasiti yang diperlukan ialah (4800/1200) = 4 kWp.

Solar panel sistem pula terdiri kepada 2 jenis, Storage sistem dan juga Grid Connected.

Storage system biasanya mempunyai bateri untuk menyimpan tenaga yang dijana pada waktu siang dan diguna pada waktu malam (juga sebahagian di siang hari). Sistem ini juga biasanya digabung dengan beberapa sumber tenaga seperti janakuasa diesel atau kincir angin atau kedua-dua sekali, yang mana juga dinamakan Solar Hibrid.

Sistem ini telahpun dipasang di beberapa komuniti pedalaman dan juga kini sedang dalam proses dipasang di sekolah-sekolah luar bandar di Sabah & Sarawak yang mana jauh dari grid bekalan elektrik. Pulau-pulau peranginan di Semenanjung Malaysia juga tidak ketinggalan seperti di Pulau Perhentian (Hibrid Solar+Diesel+ angin), Pulau kapas, etc.

Grid connected system pula merupakan sistem yang disambung secara selari dengan bekalan elektrik utiliti (TNB - utiliti company di Semenanjung, SESB - di Sabah dan SESCO - di Sarawak). Sistem ini tidak mempunyai sistem bateri untuk simpanan tenaga. Tenaga yang dijana (sebahagiannya diguna oleh premis itu sendiri) akan disalurkan (export) ke grid utiliti atau dalam erti kata lain, dijual ke grid. 

Diwaktu malam (atau waktu dimana penggunaan tenaga elektrik melebihi kapasiti yang dijana), tenaga elektrik ini akan dibeli semua (import) dari grid utiliti. Dalam erti kata lain, grid utiliti (TNB) merupakan 'sistem bateri untuk menyimpan lebihan tenaga'. Proses import-export ini berlaku secara automatik tanpa melibatkan sebarang sistem mekaniakal atau switch gear dan dirakam/rekod oleh sistem meter yang mempunyai kemudahan import-export feature.

Sistem grid connected ini telahpun dipasang dibeberapa buah rumah, sekolah dan pejabat kerajaan. TNB pula telah memasang sistem ini di beberapa premis TNB sejak lebih dari 10 tahun dulu sebagai kajian. Kerajaan Malaysia dengan kerjasama UNDP-GEF (Global Environment Facility) sedang bekerjasama untuk memajukan industri ini menerusi projek Malaysia Building Integrated Photo-Voltaic (MBIPV) yang diurus oleh Pusat Tenaga Malaysia (PTM) di Bangi. Projek ini dianggotai oleh pakar tempatan dan luar negara yang diketuai oleh pakar dari TNRD. 

Salah satu matlamatnya ialah untuk mengurangkan harga pemasangan teknologi PV menerusi insentif-insentif khas termasuk technology transfer. Mereka-mereka yang ingin menyertai program ini (Suria 1000 programme) atau BIPV demo programme, bolehlah menghubungi PTM. Maklumat projek dan aktiviti ada di sini atau sini. BIPV bermaksud sistem solar PV ini diintegrasi dengan sistem struktur bangunan. Contohnya, module PV tersebut menjadi sebahagian dari bumbung bangunan (atau di negara beriklim sejuk, sistem ini diintegrasi dengan bumbung dan juga dinding bangunan).

Untuk makluman, sistem ini telah dipasang di;

a) Bangunan Pusat Tenaga Malaysia PTM ZEO (Towards Zero Energy Office building) di Bangi (Maklumat lanjut di sini atau sini.)
b) Sekolah Menengah Sri Aman, Petaling Jaya.
c) Beberapa rumah di Presint 16, Putrajaya.
d) Bangunan HQ Putrajaya Perdana, Precint 16, Putrajaya
e) Beberapa rumah milik persendirian di sekitar Kuala Lumpur, Subang, Semenyih, Melaka, etc.
f) Bangunan Suruhanjaya Tenaga Malaysia Sustainable Building, Precint 2, Putrajaya (sedang dalam pembinaan)
g) Sedang dalam proses - pihak pemaju perumahan dan beberapa rumah persendirian (mungkin anda salah seorang yang berminat, boleh mencuba)

Mengenai harga sistem BIPV ini ianya bergantung dengan teknologi yang digunakan samada module Polycrystaline, Monocrystaline atau Amorphous (thin film). Secara umum, harga pemasangan sistem BIPV (lengkap dengan pemasangan termasuk inverter) adalah dalam RM23-25K / kWpeak. Harga ini menurun dari tahun ke tahun. Tahun lepas adalah RM 28K/kWp. Rules of thumb, jika anda ingin memasang 4 kWp BIPV, maka anggaran kosnya ialah RM23,000 X 4Kwp = RM92,000. Harganya mungkin lebih tinggi jika ianya dibuat tanpa merujuk kepada pakar BIPV atau MPIA (Persatuan Perusahaan Photovoltaic Malaysia). Di Malaysia, hasil dari kerjasama pihak kerajaan, universiti tempatan, TNB dan SIRIM, telah diwujudkan satu standard pemasangan sistem PV. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan salinan dari SIRIM (Department of Standard).

Selain itu, kepada mereka-mereka yang berminat untuk menceburi bidang BIPV, bolehlah mengikuti kursus kompentasi anjuran Pusat Tenaga Malaysia-MBIPV projek di Bangi. Kursus ini meliputi latihan teori, praktikal dan ujian. Untuk pengetahuan, pihak PTM-MBIPV dan MPIA mendapat kelulusan/akreditasi dari badan antarabangsa untuk menganjur kursus tersebut. Maklumat lanjut di sini.

Untuk pengetahuan, terkini ada 2 syarikat international sedang dalam proses membuka kilang PV module di Malaysia. Satu di Kulim (First Solar) dan satu di Dengkil-Cyberjaya (3 minggu lepas ada iklan pengambilan pekerja dalam akhbar). Dikhabarkan terdapat satu lagi syarikat international dari US sedang berunding untuk masuk ke Malaysia. 

Kita berharap dengan adanya kemajuan dalam industri ini, maka kos pemasangan akan menurun menjadi viable. Sama sperti, industri telefon bimbit dahulu. Dulu cuma tokeh balak / org kaya / company sahaja yang mampu memiliki telefon mudah alih (sebesar tong gelen - ATUR) yang berharga berbelas ribu ringgit. Kini, harga telefon bimbit yang baru boleh serendah RM99. Itu belum lagi yang 2nd hand. Budak sekolah pun mampu beli.

Sumber:  asetip / melayu-trade

Ahad, 4 Mei 2008

Singapura Lancar Pertandingan Untuk Jimat Elektrik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Sumber: BERNAMA, NEA Singapura

Singapura, dalam usaha menangani masalah harga minyak yang semakin melonjak, telah melancarkan satu pertandingan yang dinamakan 10% Energy Challenge buat seluruh penduduknya, dalam usaha menurunkan kadar penggunaan tenaga elektrik sebanyak 10 peratus, dan pemenang akan memperolehi hadiah berupa kereta hibrid yang jimat penggunaan minyaknya.



Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) Singapura yang menerajui usaha menggalakkan penggunaan tenaga secara efisien itu kini mencabar semua 1.12 juta isi rumah di seluruh Singapura untuk mengurangkan bil penggunaan elektrik dalam pertandingan itu.
NEA dalam satu kenyataan berkata pertandingan yang pertama kali seumpamanya diadakan itu disasarkan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk bandar raya pulau itu mengenai penjimatan tenaga, dan memupuk gaya hidup yang menggunakan tenaga elektirk secara efisien dalam kehidupan harian mereka.

Kempen itu akan membolehkan orang ramai menyumbang ke arah membantu usaha Singapura dalam menangani masalah perubahan iklim, menurut kenyataan itu.

Pertandingan itu memerlukan orang ramai mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di kediaman masing-masing sebanyak 10 peratus antara Mei dan Ogos ini, untuk memberikan mereka peluang memenangi kereta hibrid berkenaan, dan juga lain-lain hadiah seperti peti sejuk yang jimat tenaga, pendingin hawa, televisyen LCD dan produk-produk lampu, menerusi cabutan bertuah.

Ketua Pegawai Eksekutif NEA Lee Yuen Hee berkata langkah berjimat dalam penggunaan tenaga bukan sahaja dapat membantu menangani masalah pemanasan global, tapi juga membantu dalam aspek ekonomi, yang menyaksikan kenaikan harga minyak mengakibatkan kos elektrik melonjak kepada hampir 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata pengurangan 10 peratus dalam penggunaan tenaga itu boleh menjimatkan lebih 680 GWh, dan berdasarkan kepada kadar tarif tahun lepas, ia boleh membawa kepada penjimatan lebih S$162 juta setahun jika dilihat kepada tahap penggunaan tenaga semasa.
Kadar tarif bagi April tahun lepas ialah $18.88/kWh dan ia sudah mencapai $23.88/kWh bulan ini.

Penggunaan tenaga elektrik oleh isi rumah Singapura tahun lepas menjangkau kepada angka 6,820.81 GWh, hampir empat kali ganda lebih tinggi berbanding 20 tahun lalu. Isu rumah mewakili hampir satu perlima daripada penggunaan elektrik secara keseluruhannya di Singapura, yang berjumlah 37,4201 GWh tahun lepas.

p/s:  Kalaulah…. TNB boleh salurkan sikit keuntungan taja pertandingan ni……

Kalaulah……..
© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin