Sabtu, 22 Mac 2008

Tenaga Solar Sumber Alternatif


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Sumber: Berita Harian

TEKNOLOGI sel solar wajar digunakan sebagai sumber alternatif menjana elektrik dalam projek pembestarian sekolah luar bandar untuk memastikan pelajar di kawasan berkenaan tidak ketinggalan dalam pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi.



Gambar Hiasan: Sebuah rumah yang dikuasakan dengan tenaga solar / suria  

Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (Seri) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kamaruzzaman Sopian, berkata teknologi solar lebih praktikal, menjimatkan kos dan masa berbanding kaedah penyambungan grid yang diamalkan ketika ini.

Katanya, aplikasi teknologi itu, sekali gus meluaskan penggunaan tenaga solar di kawasan luar bandar yang kini dimanfaatkan dalam bidang pertanian dan perikanan saja.  

 “Aplikasi tenaga solar di negara kita kini pada tahap sangat rendah sedangkan ia berpotensi tinggi dimanfaatkan dalam pelbagai bidang terutama sektor perumahan dan pertanian.“Antaranya, ia dapat memastikan projek pembekalan elektrik bagi sekolah luar bandar dilaksanakan pada kadar segera serta berdaya saing dari segi kosnya.

“Lazimnya, sesebuah sekolah di luar bandar hanya memerlukan bekalan elektrik tiga hingga lima kilowatt saja sehari termasuk untuk operasi makmal komputer dan teknologi, sel solar mampu memenuhi keperluan ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pameran Kereta Solar di Dataran Pusanika UKM, Bangi, baru-baru ini.

Sempena pameran itu, warga Switzerland, Louis Palmer turut mempromosi teksi solar ciptaannya, selain menyampaikan ceramah mengenai kenderaan itu kepada warga universiti.Sementara itu, Kamaruzzaman, berkata kereta solar antara 20 produk yang berjaya dihasilkan institut itu menerusi kegiatan penyelidikannya.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak dua produk sudah digunakan pihak berkaitan iaitu panel sel solar oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta pengeringan kelapa sawit menggunakan teknologi pengeringan udara solar oleh Felda.

“UKM satu-satunya institusi pengajian tinggi awam yang diberi mandat Kementerian Pengajian Tinggi bagi menubuhkan institut penyelidikan khusus untuk tenaga solar sejak 2005.

“Sejajar itu, kami menerima geran penyelidikan berjumlah RM13 juta daripada pelbagai pihak sepanjang Rancangan Malaysia Ke-9 untuk memajukan teknologi tenaga solar dalam pelbagai bidang terutama pertanian dan perikanan,” katanya.

2 ulasan:

  1. ade x gambar2 sumber tenaga yg lain nak buat folio lah........

    BalasPadam
  2. ade info lain lagi x???

    BalasPadam

Sila....sila...sila tambah lauk..... :)

© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin