Sabtu, 3 Mei 2008

Cara Mudah Berjimat Bermula Dengan Komputer Anda


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



Selamatkan alam sekitar & duit anda, selamat datang kepada “Perkomputeran Mesra Alam”

Di sebalik saranan dan kempen kerajaan; “Satu Rumah, Satu Komputer”, sebenarnya ada perkara yang perlu kita ambil perhatian.

Di UK, sejak 8 tahun kebelakangan ini, didapati terdapat peningkatan sebanyak 34% penggunaan komputer per isi rumah. Dengan 67% dari isi rumah di UK memiliki komputer peribadi, peningkatan dalam penggunaan elektrik amat ketara.

Ada ke cara supaya komputer peribadi anda menggunakan kurang tenaga elektrik tanpa mengurangkan keasyikan kehidupan digital harian? Memang ada.

Cara terbaik ialah dengan bertanya kepada diri sendiri soalan mudah, “bagaimana saya boleh ubah tabiat penggunaan komputer?” Mulakan dengan mematikan (switch off) aksesori sampingan komputer bila tidak digunakan seperti pengimbas, pencetak, kamera web, malah monitor. Lagi bagus kalau offkan terus komputer bila tidak digunakan!

Cara-cara berikut akan membuatkan komputer anda menggunakan kurang elektrik dengan melaras setting yang mudah.

1. Kurangkan kadar “monitor brightness”. 

2. Setkan hibernisasi. Jika tiada setting ini, dapatkan  WinOFF untuk Windows atau SmartSleep untuk Mac, percuma! Tools ini akan meletakkan komputer anda pada keadaan hibernisasi apabila tidak digunakan dalam tempoh tertentu. Sistem yang berhibernisasi kurang menggunakan elektrik, dan boleh dibatalkan hanya dengan menekan mana-mana butang papan kekunci.

3. Setkan Screensaver anda kepada “Black Screen”. Screen saver  yang berwarna-warni & fancy menyebabkan sistem komputer bekerja lebih lalu menggunakan elektrik.

4. Matikan (turn off) Sysytem process  dan services yang tidak perlu. Contohnya; Kenapa biarkan komputer anda berterusan mencari wireless signal sedangkan anda tidak menggunakan internet?

Perhatikan apa yang anda benar-benar perlukan di komputer anda dan offkan yang tidak perlu.


Satu kajian di US mengesahkan bahawa dengan mengurangkan penggunaan elektrik sesebuah komputer per isi rumah akan menjimatkan berbillion dolar untuk jangkamasa panjang; dengan mengurangkan keperluan pembinaan stesen janakuasa elektrik baru!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila....sila...sila tambah lauk..... :)

© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin