Jumaat, 30 Mei 2008

Hari Jimat Tenaga Di Brunei Darussalam


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Jika sebelum ini saya ada menulis berkenaan kerajaan Singapura yang mengadakan pertandingan jimat elektrik, untuk pengetahuan anda, di negara Brunei Darussalam, Hari Tenaga diisytihar setiap 24 Mei.

Pengisytiharan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan dan Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ini adalah ke arah menyedarkan setiap rakyat dan penduduk negara tersebut betapa pentingnya cara penggunaan sumber tenaga  yang betul.

Di sini kita dapat lihat, walaupun negara Brunei kaya dengan sumber asli, mereka telah memainkan peranan untuk cuba menjimatkan penggunaan tenaga dengan cara kempen penggunaan secara cekap dan jimat.

Ahad, 25 Mei 2008

Kereta Terbakar Disyaki Litar Pintas


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Seremban: Harian Metro melaporkan, seorang mangsa  melecur  70%  di badan manakala rakannya melecur di kedua tangan hingga ke siku akibat disambar api kereta yang terbakar. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Yusmaszee Yusof, 30, seorang mekanik, dalam perjalanan pulang ke rumah di Rahang selepas mengisi minyak Proton Tiaranya.

Bagaimanapun, di pertengahan jalan, mangsa mengesyaki keretanya mengalami kebocoran kerana terbau petrol dan berhenti untuk memeriksa. Secara kebetulan seorang rakan mangsa, Nor Diana Nor Halim, 25, yang menunggang motosikal melalui jalan itu dan singgah sebentar.

Jurucakap polis berkata, Nor Diana kemudiannya meminta kebenaran untuk duduk dalam kereta dan membuka radio. Secara tiba-tiba kereta itu disambar api dipercayai akibat masalah pendawaian wayar menyebabkan Nor Diana terperangkap di tempat duduk penumpang di depan kereta.

Berita penuh di Harian Metro


Sumber Gambar Hiasan: ElizabethWong

Apa yang saya utarakan di bawah mungkin ada kaitan dengan kejadian di atas, namun tak semestinya berkait. Saya juga pernah menulis berkaitan litar pintas di SINI.

Dengan bahasa yang mudah; dalam sistem pendawaian kereta (malah pendawaian domestik & industri), fius berfungsi sebagai pelindung kepada wayar / kabel dengan cara “terputus” atau “blow” atau “fused” apabila terdapat arus elektrik yang tinggi yang melampaui nilai fius tersebut. 
Contohnya, fius 5 Amp akan terputus apabila arus melebihi  5 Amp, lalu melindungi kabel dari terbakar.

Jadi, kesimpulan ringkas dari penerangan di atas:
1. Jika fius didapati putus, kemungkinan besar terdapat litar pintas pada pendawaian,
2. Jika berlaku litar pintas tetapi fius tidak putus,maka akan berlakulah kebakaran pada pendawaian, malah jika tidak disedari awal akan menyebabkan kebakaran pada kenderaan,
3. Apabila fius putus, cuba gantikan dengan fius yang setara, jika masih putus juga, biar juruteknik  yang bertauliah periksa,
4. Jangan tukar fius yang putus melebihi nilai yang asal kerana nilai yang lebih tinggi menyebabkan kabel tidak dilindungi lagi lalu menyebabkan kebakaran.

Kepada yang tidak pakar,ada pepatah berkenaan fius dalam ‘bahasa juruletrik’ yang berbunyi; 

“YOU GO UP, YOU BLOW UP”.

Jumaat, 16 Mei 2008

Cepatkan Waktu Negara 1 Jam, Boleh Jimat Elektrik?


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Islamabad: Kabinet Pakistan pada 14 Mei 2008 telah mengumumkan pelan kontrovesi bagi membendung krisis kekurangan bekalan elektrik di negara tersebut. Langkah utama ialah dengan mempercepatkan waktu (jam) sebanyak 1 jam dan mengarahkan penutupan pusat-pusat perniagaan pada pukul 9 malam.




Menteri bertanggungjawab, Pervaiz Ashraf (Menteri Tenaga & Air) berkata, pelan tersebut akan menjimatkan 500 megawatt elektrik. Beliau juga berharap masalah yang dihadapi akan dapat diatasi dalam masa setahun dengan cara menambah 1200 megawatt elektrik melalui penswastaan penjanaan tenaga dan rundingan untuk mengimport 1100 megawatt dengan Iran.


Ringkasan pelan penjimatan yang dirangka:

1. Semua pusat-pusat perniagaan, pusat beli-belah ditutup pukul 9 malam 

2. Mempraktikkan amalam Daylight Saving bermula Jun 2008

3. Tiada peruntukan elektrik untuk menyalakan papan tanda termasuk papan tanda neon

4. Munutup penghawa dingin di semua pejabat kerajaan termasuk pejabat perdana menteri dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi

5. Menyalakan hanya 50% dari keseluruhan lampu jalan

6. 200 megawatt elektrik yang dihasilkan oleh janakuasa kapal laut disalurkan ke Karachi 

7. Memasang 1 juta biji mentol jimat tenaga ke seluruh Negara

8. Menubuhkan jawatankuasa pemantau bagi mengesan kebocoran elektrik 

Hmmmm….. Rasanya boleh buat di Malaysia tak? Fikir-fikirkanlah!

Jumaat, 9 Mei 2008


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Bateri Lemon

Membina sebuah bateri dari lemon adalah satu eksperimen biasa yang boleh didapati kebanyakan buku teks sains. Ianya nyata bukanlah mudah bagi yang tidak pro.

Eksperimen ini memerlukan  2 jenis logam yang direndam dalam larutan berasid, di mana tembaga (copper) dan zink (zinc) boleh digunakan manakala kandungan asid sitrik (citrc acid) pada lemon digunakan sebagai larutan berasid.

Bateri yang dihasilkan melalui eksperimen ini tidak mungkin dapat menyalakan mentol lampu atau menggerakkan motor, namun ia berupaya menghasilkan nyalaan malap LED (Light Emitting Diode).         

                                                                                                                    
 Gambar di atas menunjukkan asas Bateri Lemon yang terdiri daripada sebiji lemon, sekeping syiling tembaga dan paku bersalut zink.

Eksperimen Bateri Lemon
Cucukkan sekeping syiling tembaga ke satu bahagian lemon dan paku ke satu bahagian yang lain. Pastikan kedua-duanya tidak bersentuh.

Ini adalah gambaran bateri satu sel. Paku dan syiling dipanggil elektrod manakala jus lemon dipanggil elektrolit.


Setiap bateri mempunyai terminal (+) dan (-). Arus elektrik adalah satu aliran partikel atom yang dipanggil elektron. Sesetengah logam pula dipanggil konduktor, membenarkan elektron mengalir melaluinya. Kebanyakan logam seperti tembaga & besi adalah koduktor yang baik kepada elektrik. Elektron akan mengalir dari elektrod (-) melalui konduktor ke elektrod (+) sesebuah bateri. Volt (voltan) adalah ukuran bagi daya gerak elektron.

Sambungkan meter volt kepada bateri lemon sel tunggal tersebut. Di sini, meter menunjukkan yang bateri lemon ini menghasilkan 0.906 volt. Voltan sekecil ini tidak cukup untuk menghasilkan arus  (daya gerak elektrik) untuk menyalakan mentol.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kita boleh menggabungkan beberapa sel bateri untuk menghasilkan voltan yang lebih tinggi dengan cara membina lebih banyak bateri lemon dan sambungkan dengan dawai logam dari (+) ke (-).



Dua bateri lemon di atas, bila digabungkan, menghasilakan 1.788 volt. Ini juga masih tidak mencukupi untuk menyalakan sebiji mentol lampu. Ambil perhatian bahawa kabel merah yang menyambungkan bateri lemon di sambung ke (+) iaitu duit syiling dan (-) iaitu paku.


Empat biji bateri lemon menghasilkan 3.5 volt. Ia sepatutnya sudah boleh menyalakan LED (Light Emitting Diode).
Ambil perhatian bahawa kabel disambungkan dengan cara (+) ke (-) pada setiap bateri.


LED

Untuk menyalakan LED, kita perlu mengenalpasti sambungan positif (+) dan negative (-). Jika diperhati betul-betul pada LED tersebut, anda akan dapati ada logam berbentuk seperti bendera tiga segi (lihat anak panah di atas). Terminal yang keluar dari situ perlu disambung ke bahagian negative (-) bateri, sebelah yang lain pula ke positif (+) bateri.

Nota:  LED direka untuk  menyala pada voltan (~ 2V) dan arus yang sangat rendah. Ia akan rosak jika disambung ke bateri melebihi 2 volt. Jika perlu disambungkan ke bateri melebihi 2 volt, perintang (resistor) digunakan bagi mengawal arus.



Gambar di atas menunjukkan electron  mengalir dari (-), paku, terminal terakhir bateri lemon melalui LED (menyebabkan LED menyala) kemudian ke (+), duit syiling. Ini dinamakan litar elektronik. LED menyala malap dengan konfigurasi ini.



Masalah ini boleh diatasi dengan cara menukarkan duit syiling dan paku kepada logam yang lebih tulen. Contohnya, tukarkan duit syiling dengan wayar tembaga yang biasa digunakan untuk pendawaian elektrik rumah. Gantian logam lain mungkin boleh didapati di kedai-kedai “Hardware”.

Sejarah Bateri

Bateri pertama telah dicipta pada tahun 1799 oleh Alessandro Volta.  Bateri pada hari ini menjadi sumber kuasa kepada banyak peralatan seperti permainan, lampu suluh, computer dan kereta. Perekacipta dan penyelidik sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki binaan bateri supaya tahan lebih lama dan lebih mesra alam.

Pemahaman bagaimana bateri bekerja sebenarnya memerlukan pengetahuan ilmu kimia.Faktor paling penting dalam pembinaan bateri ialah hubungan elektrik terhadap 2 logam yang digunakan. Sesetengah logam menolak electron manakala sesetengah yang lain menarik. Hasil kajian ahli kimia terhadap logam, terciptalah Jadual Perbandingan Keupayaan Elektrik (electrical potential).

Ahad, 4 Mei 2008

Singapura Lancar Pertandingan Untuk Jimat Elektrik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Sumber: BERNAMA, NEA Singapura

Singapura, dalam usaha menangani masalah harga minyak yang semakin melonjak, telah melancarkan satu pertandingan yang dinamakan 10% Energy Challenge buat seluruh penduduknya, dalam usaha menurunkan kadar penggunaan tenaga elektrik sebanyak 10 peratus, dan pemenang akan memperolehi hadiah berupa kereta hibrid yang jimat penggunaan minyaknya.



Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) Singapura yang menerajui usaha menggalakkan penggunaan tenaga secara efisien itu kini mencabar semua 1.12 juta isi rumah di seluruh Singapura untuk mengurangkan bil penggunaan elektrik dalam pertandingan itu.
NEA dalam satu kenyataan berkata pertandingan yang pertama kali seumpamanya diadakan itu disasarkan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk bandar raya pulau itu mengenai penjimatan tenaga, dan memupuk gaya hidup yang menggunakan tenaga elektirk secara efisien dalam kehidupan harian mereka.

Kempen itu akan membolehkan orang ramai menyumbang ke arah membantu usaha Singapura dalam menangani masalah perubahan iklim, menurut kenyataan itu.

Pertandingan itu memerlukan orang ramai mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di kediaman masing-masing sebanyak 10 peratus antara Mei dan Ogos ini, untuk memberikan mereka peluang memenangi kereta hibrid berkenaan, dan juga lain-lain hadiah seperti peti sejuk yang jimat tenaga, pendingin hawa, televisyen LCD dan produk-produk lampu, menerusi cabutan bertuah.

Ketua Pegawai Eksekutif NEA Lee Yuen Hee berkata langkah berjimat dalam penggunaan tenaga bukan sahaja dapat membantu menangani masalah pemanasan global, tapi juga membantu dalam aspek ekonomi, yang menyaksikan kenaikan harga minyak mengakibatkan kos elektrik melonjak kepada hampir 25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata pengurangan 10 peratus dalam penggunaan tenaga itu boleh menjimatkan lebih 680 GWh, dan berdasarkan kepada kadar tarif tahun lepas, ia boleh membawa kepada penjimatan lebih S$162 juta setahun jika dilihat kepada tahap penggunaan tenaga semasa.
Kadar tarif bagi April tahun lepas ialah $18.88/kWh dan ia sudah mencapai $23.88/kWh bulan ini.

Penggunaan tenaga elektrik oleh isi rumah Singapura tahun lepas menjangkau kepada angka 6,820.81 GWh, hampir empat kali ganda lebih tinggi berbanding 20 tahun lalu. Isu rumah mewakili hampir satu perlima daripada penggunaan elektrik secara keseluruhannya di Singapura, yang berjumlah 37,4201 GWh tahun lepas.

p/s:  Kalaulah…. TNB boleh salurkan sikit keuntungan taja pertandingan ni……

Kalaulah……..

Sabtu, 3 Mei 2008

Cara Mudah Berjimat Bermula Dengan Komputer Anda


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



Selamatkan alam sekitar & duit anda, selamat datang kepada “Perkomputeran Mesra Alam”

Di sebalik saranan dan kempen kerajaan; “Satu Rumah, Satu Komputer”, sebenarnya ada perkara yang perlu kita ambil perhatian.

Di UK, sejak 8 tahun kebelakangan ini, didapati terdapat peningkatan sebanyak 34% penggunaan komputer per isi rumah. Dengan 67% dari isi rumah di UK memiliki komputer peribadi, peningkatan dalam penggunaan elektrik amat ketara.

Ada ke cara supaya komputer peribadi anda menggunakan kurang tenaga elektrik tanpa mengurangkan keasyikan kehidupan digital harian? Memang ada.

Cara terbaik ialah dengan bertanya kepada diri sendiri soalan mudah, “bagaimana saya boleh ubah tabiat penggunaan komputer?” Mulakan dengan mematikan (switch off) aksesori sampingan komputer bila tidak digunakan seperti pengimbas, pencetak, kamera web, malah monitor. Lagi bagus kalau offkan terus komputer bila tidak digunakan!

Cara-cara berikut akan membuatkan komputer anda menggunakan kurang elektrik dengan melaras setting yang mudah.

1. Kurangkan kadar “monitor brightness”. 

2. Setkan hibernisasi. Jika tiada setting ini, dapatkan  WinOFF untuk Windows atau SmartSleep untuk Mac, percuma! Tools ini akan meletakkan komputer anda pada keadaan hibernisasi apabila tidak digunakan dalam tempoh tertentu. Sistem yang berhibernisasi kurang menggunakan elektrik, dan boleh dibatalkan hanya dengan menekan mana-mana butang papan kekunci.

3. Setkan Screensaver anda kepada “Black Screen”. Screen saver  yang berwarna-warni & fancy menyebabkan sistem komputer bekerja lebih lalu menggunakan elektrik.

4. Matikan (turn off) Sysytem process  dan services yang tidak perlu. Contohnya; Kenapa biarkan komputer anda berterusan mencari wireless signal sedangkan anda tidak menggunakan internet?

Perhatikan apa yang anda benar-benar perlukan di komputer anda dan offkan yang tidak perlu.


Satu kajian di US mengesahkan bahawa dengan mengurangkan penggunaan elektrik sesebuah komputer per isi rumah akan menjimatkan berbillion dolar untuk jangkamasa panjang; dengan mengurangkan keperluan pembinaan stesen janakuasa elektrik baru!

Jumaat, 2 Mei 2008

Turbin Janakuasa Hidro


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Berikut dilampirkan gambar yang telah disunting; dua bentuk turbin hidro dan gambar kecil ialah propeller / kipas turbin.




Berikut pula adalah gambarajah ringkas sistem janakuasa hidro.


Khamis, 1 Mei 2008

Selamat Hari Buruh!


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Buruh atau Labour membawa maksud; Apa saja jenis pekerjaan

Penggajian Buruh atau Wage Labour pula; Seseorang pekerja menjual tenaga/kerja mereka manakala majikan pula membeli.

Jadi, dari pernyataan di atas, sesiapa yang bekerja dan mendapat gaji dari majikan, maka beliau adalah seorang buruh. Yang kerja kasar dah tentulah Buruh Kasar, yang kerja kat opis, Buruh......?

Hari Pekerja atau Hari Buruh menurut Wikipedia adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. 

Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Dua orang BURUH sedang melakukan kerja-kerja penyelengaraan am di  Bilik Suis Utama

Jadi sukalah aku pada hari ni mengucapkan Selamat Hari Buruh kepada semua buruh-buruh sekalian, terutamanya anak-anak buah yang bila disuruh buat kerja, ada je yang dibantah (gambar kat atas tu sebahagian dari mereka), tapi buat gak kerja. OK lah tu!

© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin