Ahad, 25 Mei 2008

Kereta Terbakar Disyaki Litar Pintas


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Seremban: Harian Metro melaporkan, seorang mangsa  melecur  70%  di badan manakala rakannya melecur di kedua tangan hingga ke siku akibat disambar api kereta yang terbakar. 

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Yusmaszee Yusof, 30, seorang mekanik, dalam perjalanan pulang ke rumah di Rahang selepas mengisi minyak Proton Tiaranya.

Bagaimanapun, di pertengahan jalan, mangsa mengesyaki keretanya mengalami kebocoran kerana terbau petrol dan berhenti untuk memeriksa. Secara kebetulan seorang rakan mangsa, Nor Diana Nor Halim, 25, yang menunggang motosikal melalui jalan itu dan singgah sebentar.

Jurucakap polis berkata, Nor Diana kemudiannya meminta kebenaran untuk duduk dalam kereta dan membuka radio. Secara tiba-tiba kereta itu disambar api dipercayai akibat masalah pendawaian wayar menyebabkan Nor Diana terperangkap di tempat duduk penumpang di depan kereta.

Berita penuh di Harian Metro


Sumber Gambar Hiasan: ElizabethWong

Apa yang saya utarakan di bawah mungkin ada kaitan dengan kejadian di atas, namun tak semestinya berkait. Saya juga pernah menulis berkaitan litar pintas di SINI.

Dengan bahasa yang mudah; dalam sistem pendawaian kereta (malah pendawaian domestik & industri), fius berfungsi sebagai pelindung kepada wayar / kabel dengan cara “terputus” atau “blow” atau “fused” apabila terdapat arus elektrik yang tinggi yang melampaui nilai fius tersebut. 
Contohnya, fius 5 Amp akan terputus apabila arus melebihi  5 Amp, lalu melindungi kabel dari terbakar.

Jadi, kesimpulan ringkas dari penerangan di atas:
1. Jika fius didapati putus, kemungkinan besar terdapat litar pintas pada pendawaian,
2. Jika berlaku litar pintas tetapi fius tidak putus,maka akan berlakulah kebakaran pada pendawaian, malah jika tidak disedari awal akan menyebabkan kebakaran pada kenderaan,
3. Apabila fius putus, cuba gantikan dengan fius yang setara, jika masih putus juga, biar juruteknik  yang bertauliah periksa,
4. Jangan tukar fius yang putus melebihi nilai yang asal kerana nilai yang lebih tinggi menyebabkan kabel tidak dilindungi lagi lalu menyebabkan kebakaran.

Kepada yang tidak pakar,ada pepatah berkenaan fius dalam ‘bahasa juruletrik’ yang berbunyi; 

“YOU GO UP, YOU BLOW UP”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila....sila...sila tambah lauk..... :)

© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin