Jumaat, 10 Julai 2009

Keselamatan Elektrik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Anak sapa la ni ek? Cuba perhatikan, apa masalah dengan gambar di atas ni? 

Dapat? 

Ya betul, yang ada bulatan merah......

...... kot iya pun nak bersuka ria, jangan la sampai jadi bodoh macam mereka.

Walaupun air bukanlah pengalir arus elektrik yang paling baik, ia masih boleh mengalirkan elektrik dan dalam jumlah yang boleh membunuh!

Jadi, moral of the story isdon't you ever do this at home or at your friend's home or your parent's home or at your in-law's home or anywhere in the whole world or entire galaxy! 

Ingatlah orang yang tersayang..... :)

Jumaat, 3 Julai 2009

Gangguan Bekalan Elektrik TNB


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Mengikut catatan di laman web TNB, akan berlaku gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan seluruh Malaysia untuk kerja-kerja penyelenggaraan atau naik taraf.

Kerja-kerja tersebut dilakukan secara berperingkat sehingga Ogos 2009.

Semak jadual dan kawasan terlibat di SINI.

Sabtu, 6 Jun 2009

Kempen Jimat Tenaga "SWITCH!" Sime Darby


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


SIME Darby Bhd melancarkan ‘Switch!’ iaitu kempen inisiatif jimat tenaga yang disasarkan kepada 10,000 kediaman di kawasan perbandaran dibangunkan kumpulan itu di Lembah Klang.

Fasa pertama kempen, Sime Darby menawarkan 100,000 mentol lampu jimat tenaga untuk ditukarkan pada harga diskaun kepada pemilik kediaman dimajukan kumpulan di Subang Jaya, UEP Subang Jaya/USJ Heights, Bandar Bukit Raja, Ara Damansara, Denai Alam, Bukit Jelutong dan Putra Heights.

Setiap rumah boleh membeli sekotak mengandungi lapan unit mentol jimat tenaga pada harga potongan serendah RM50 berbanding RM160 sekotak, siapa cepat dia dapat. 

Pemilik kediaman yang berminat mengambil bahagian dalam kempen itu dimestikan mendaftar di laman web www.simedarby.com/switch mulai hari ini sehingga 100,000 unit mentol habis.


Peserta boleh memilih mana-mana empat lokasi untuk membuat penukaran iaitu galeri jualan Sime Darby di Ara Damansara, Bandar Bukit Raja, Wisma UEP Subang Jaya dan Sime Darby Pavillion di Bukit Jelutong. 

Sebagai insentif tambahan, Sime Darby bekerjasama dengan Majlis Tenaga Malaysia [Energy Council of Malaysia (ECOM)] untuk pertandingan bagi rumah yang menunjukkan pengurangan penggunaan tenaga elektrik ketara semalam sepanjang 12 bulan menggunakan mentol jimat tenaga berkenaan. 

Kempen ini mendapat kerjasama pengeluar lampu jimat tenaga, OSRAM dan Kualiti Khidmat Alam. 


P/S: Mereka yang terlibat memang patut ambil peluang ni. Harga sebiji mentol ES 18 watt di pasaran +- RM15.00. 

P/P/S: Ada orang kata, sekurang-kurangnya 100,000 ribu mentol ini akan menampakkan perubahan penggunaan tenaga, tapi saya kata, TNB tetap perlu bayar IPP jumlah sepatutnya walaupun kita semua bergelap sepanjang tahun! 

P/P/S: Untuk peserta yang dah mendaftar. kalau dah guna mentol jimat tenaga ni masih rasa tak kurang juga bil, klik SINI.

Ahad, 3 Mei 2009

Bahaya Elektrik Di Stesen Komuter


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



Ramai orang tahu elektrik telah banyak membantu dalam kehidupan kita tapi ramai yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu bahaya elektrik.

Jika kita lihat di stesen-stesen  dan landasan komuter di Malaysia, masih ramai yang tidak mengendahkan larangan-larangan keselamatan. Berikut adalah video orang yang agak "kureng" "bermain" elektrik di stesen komuter di Negara Pasir Berdengung.....


Bak kata si Ceplos di TV9, renung-renungkan.....

Ahad, 22 Mac 2009

Earth Hour 2009


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Saya pernah menulis berkenaan benda ni tahun lepas di SINI. Ketika itu, taklah sehangat tahun ni. 

Ada orang kata, orang yang kata ye....., "Earth Hour ni nak bagi mesej kat siapa?". Bagi saya, kalau di Malaysia ni, secara tak langsung sedikit sebanyak mesej ini pasti akan dirasai oleh TNB. 


Pada 28 Mac 2009 jam 8.30pm, bandar raya-bandar raya dan bandar-bandar merentasi dunia dijangka akan mengambil tindakan memadamkan lampu-lampu selama satu jam. ‘Earth Hour’ membawa satu mesej global yang bermakna untuk mengambil tindakan yang mungkin dalam menangani isu pemanasan global iaitu memadamkan lampu secara serentak di peringkat dunia. 

Dengan mengambil langkah hanya semudah menutup suis lampu dan menggalakkan bandar raya secara menyeluruh untuk menjalankan tindakan ini, satu mesej yang bermakna dapat dikeluarkan tentang keperluan segera untuk isu perubahan iklim, dan menunjukkan bahawa sejumlah ramai orang berpeluang melakukan satu kelainan. 

‘Earth Hour 2009’ dijangka akan menjadi satu panggilan yang berkesan untuk tindakan bagi sejumlah ramai individu, kerajaan dan organisasi perniagaan dalam mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan secara bersama. Bangunan-bangunan ikonik dan mercu tanda merentasi Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika dijangka akan bergelap buat seketika. 

‘Earth Hour’ adalah satu pesanan yang mengharapkan satu tindakan. Bayangkan apa yang akan kita dapat lakukan jika kita bertindak bersama? 

Sertai ‘Earth Hour 2009’: http://earthhour.org

Sabtu, 28 Februari 2009

Tarif Elektrik Terkini


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Bermula 1 Mac 2009, tarif baru elektrik berkuatkuasa.

1. Menurut TNB, tarif baru ini mencerminkan penurunan harga gas serta mengambil kira peningkatan harga arang batu.

2. Kadar tarif bagi pengguna domestik/kediaman dengan penggunaan elektrik sehingga 200 kwj dikekalkan pada 21.8 sen/kwj.

3. Subsidi kepada pengguna kediaman/domestik yang penggunaannya sehingga RM 20.00 kekal sehingga Disember 2009.

4. Kadar penurunan purata:

Sektor Industri: 5 %

Sektor Komersial: 2.7 %

Pengguna Kediaman/Domestik: 2.54 % 



Klik Pada Jadual Untuk Besarkan
Klik Pada Jadual Untuk Besarkan


Sumber: TNB

Kesimpulannya:

P/S: Penurunan tarif ini tidak memanfaatkan pengguna sederhana di mana bil sebulan di antara RM 20.00 sehingga RM 43.60

P/P/S: Bagi pengguna komersial & industri, mungkin dah boleh berkira-kira bagi staff sedikit bonus! (Bonus makan tengahari sekali je la.....)

P/P/P/S: Mungkin disebabkan no. 2, tak nampak lagi harga barangan turun seiring penurunan harga elektrik :( .... :) .


Khamis, 15 Januari 2009

Setuju Tarif Elektrik Disemak Semula – Malaysiakini


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya semakan semula harga gas untuk sektor penjanaan elektrik dilakukan dengan segera oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kementeriannya memerlukan tiga minggu untuk menyediakan tarif elektrik yang baru yang selari dengan harga gas baru yang dicadangkan oleh EPU.

''Selaras dengan penurunan harga minyak dan atas keprihatinan terhadap cadangan pihak industri, harga gas yang dijual oleh Petronas kepada sektor elektrik akan dikaji semula dan kadar tarif elektrik akan disemak semula dalam masa terdekat ini.

''Penyelarasan tarif elektrik ini jika boleh dipertimbangkan akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam merangsangkan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Shaziman, pada asalnya kerajaan bercadang untuk mengkaji semula tarif elektrik pada Jun tahun ini untuk dikuatkuasakan sebulan selepas itu selaras dengan kajian semula harga gas kepada sektor elektrik.

''Semasa kenaikan tarif elektrik pada tahun lepas, kerajaan terpaksa menyemak semula harga gas kerana kenaikan harga minyak dunia turut memberi kesan kepada harga gas dan arang batu di pasaran tempatan.

''Semakan semula itu juga sebagai langkah mengurangkan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dan mengambil kira harga arang batu di pasaran dunia yang meningkat secara mendadak," katanya.

Berlandaskan keadaan pada masa itu, Shaziman memberitahu, kadar tarif elektrik dikekalkan pada kadar sedia ada bagi pengguna-pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 200 kWj sebulan iaitu 21.8 sen/kWj .

''Bagi pengguna-pengguna elektrik antara 201 hingga 400 kWj pula, tarif elektrik yang dikenakan ialah 21.8 sen/kWj bagi 200 unit pertama manakala unit-unit seterusnya pada kadar 34.5 sen/kWj.

Diambil dari Topengperak_Xinwugi®

P/S: Hmmmm.... Boleh percaya ke? Dulu kata tak naik tarif, naik gak... Sekarang kata nak turunkan? Hmmmmm...... 

P/P/S: Tak menafikan segala kemungkinan....

© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin