Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya semakan semula harga gas untuk sektor penjanaan elektrik dilakukan dengan segera oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kementeriannya memerlukan tiga minggu untuk menyediakan tarif elektrik yang baru yang selari dengan harga gas baru yang dicadangkan oleh EPU.
''Selaras dengan penurunan harga minyak dan atas keprihatinan terhadap cadangan pihak industri, harga gas yang dijual oleh Petronas kepada sektor elektrik akan dikaji semula dan kadar tarif elektrik akan disemak semula dalam masa terdekat ini.
''Penyelarasan tarif elektrik ini jika boleh dipertimbangkan akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam merangsangkan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut Shaziman, pada asalnya kerajaan bercadang untuk mengkaji semula tarif elektrik pada Jun tahun ini untuk dikuatkuasakan sebulan selepas itu selaras dengan kajian semula harga gas kepada sektor elektrik.
''Semasa kenaikan tarif elektrik pada tahun lepas, kerajaan terpaksa menyemak semula harga gas kerana kenaikan harga minyak dunia turut memberi kesan kepada harga gas dan arang batu di pasaran tempatan.
''Semakan semula itu juga sebagai langkah mengurangkan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dan mengambil kira harga arang batu di pasaran dunia yang meningkat secara mendadak," katanya.
Berlandaskan keadaan pada masa itu, Shaziman memberitahu, kadar tarif elektrik dikekalkan pada kadar sedia ada bagi pengguna-pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 200 kWj sebulan iaitu 21.8 sen/kWj .
''Bagi pengguna-pengguna elektrik antara 201 hingga 400 kWj pula, tarif elektrik yang dikenakan ialah 21.8 sen/kWj bagi 200 unit pertama manakala unit-unit seterusnya pada kadar 34.5 sen/kWj.
Diambil dari Topengperak_Xinwugi®
P/S: Hmmmm.... Boleh percaya ke? Dulu kata tak naik tarif, naik gak... Sekarang kata nak turunkan? Hmmmmm......
P/P/S: Tak menafikan segala kemungkinan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila....sila...sila tambah lauk..... :)