Rabu, 21 September 2011

Bolehkah Kita Hidup Tanpa Elektrik?


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Boleh ke? Bayangkan elektrik tak pernah ditemukan dan takkan ditemukan.


Rabu, 31 Ogos 2011

Lampu Solar dari Botol Plastik Minuman


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia

Kesukaran dalam hidup lazimnya membuatkan seseorang menjadi lebih kreatif, sekurang-kurangnya ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Seperti yang dapat kita lihat dalam video di bawah ini, walaupun lampu solar botol plastik tersebut hanya berfungsi pada waktu siang, banyak rumah di kejiranan miskin di Filipina mendapat manfaat darinya.


Selasa, 5 Julai 2011

TNB Rugi RM9j Sindiket Produk Jimat Elektrik?


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



JOHOR BAHRU: Kewujudan sindiket menawarkaan produk dan kepakaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor kerugian lebih RM9 juta sejak awal tahun ini.

Perbuatan didalangi kumpulan berkenaan menyebabkan banyak premis perniagaan termasuklah hotel ternama dan kilang membayar jumlah tertentu untuk mengurangkan penggunaan elektrik mereka dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada TNB.

Pengurus Besar Negeri, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata kerugian berkenaan berdasarkan 1,336 kes kecurian yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan sektor komersial seperti rumah kedai, hotel, klinik, stesen minyak dan kilang sebagai penyumbang utama.


Katanya, Johor negeri ketiga mencacatkan kes kecurian elektrik tertinggi selepas Selangor dan Pulau Pinang dengan kebanyakan kes pengubahan meter didalangi sindiket yang menawarkan perkhidmatan serta produk pengurangan tenaga.

“Untuk mengatasinya, Unit Pengekangan Kecurian Arus (SEAL) TNB dianggotai 30 petugas diarah menjalankan operasi dari semasa ke semasa di sekitar negeri ini, Negeri Sembilan dan Melaka, " katanya.
Mohd Aminuddin berkata, kegiatan kecurian elektrik yang didalangi kumpulan itu masih mampu dikesan pihaknya yang turut mempunyai kepakaran memeriksa kebocoran tenaga berkenaan dengan kadar segera.

Curi!
Gambar Hiasan: Ini baru la curi elektrik namanya.....
“TNB menggunakan sistem canggih iaitu Alat Kawalan Jauh Bacaan Meter yang boleh mengesan secara automatik jika berlaku pengurangan penggunaan elektrik secara luar biasa walaupun premis terbabit terletak jauh seperti di Segamat.

“Unit SEAL akan terus datang ke lokasi berkenaan dan jika didapati pemilik premis mencuri elektrik, kami berkuasa menyekat penggunaan elektrik selama tiga bulan di sana mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan mudah hingga menyebabkan pengguna didenda serta dikenakan tindakan mahkamah.
Pada masa sama, beliau menjelaskan pengguna turut terdedah risiko kemalangan kerana peralatan pengurangan elektrik terbabit dihasilkan tanpa mengikut piawaian.

Justeru katanya, orang ramai yang curiga dengan kehadiran individu yang mendakwa kakitangan TNB yang menawarkan perkhidmatan pengurangan tenaga itu boleh menghubungi talian TNB Careline di 1554 atau pusat sehenti di 1300 88 5454.

Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, TNB akan menggantikan lebih 250,000 meter elektrik lama berusia lebih 15 tahun di seluruh negeri ini secara berperingkat berikutan ia sudah tidak berkesan termasuk gagal merekodkan bacaan penggunaan sebenar.

P/S: iyeeeee ke? itu bukan alat jimat tu...tu alat curi elektrik atau teknik curi elektrik.... alat jimat elektrik yang aku tau, hanya mengambil kesempatan ke atas tidak cekapnya peralatan elektrik  atau pendawaian dalaman pengguna, malah dalam sesetengah kes, mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem penghantaran elektrik pemegang lesen. Renung-renungkan....

Khamis, 30 Jun 2011

Persidangan Keselamatan Elektrik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Suruhanjaya Tenaga akan menganjurkan Persidangan Keselamatan Elektrik pada 21 dan 22 Julai 2011.
Antara intipati persidangan tersebut adalah bagaimana untuk memperkasakan keselamatan elektrik melalui penguatkuasaan undang-undang, amalan terbaik bagi keselamatan elektrik, kajian kes kebakaran berkait elektrik dan banyak lagi. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web SURUHANJAYA TENAGA atau klik SINI untuk brosur persidangan tersebut. Yuran penyertaan RM 100.00 sahaja.

Isnin, 30 Mei 2011

Tarif Elektrik Sah Naik!


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia






Berita baik yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Tarif elektrik sah naik berkuatkuasa 1 Jun 2011.

Tarif purata meningkat sebanyak 7.12%.

Kenaikan ini mengikut laman web TNB disebabkan oleh:

1. Kenaikan purata 5.12% berikutan peningkatan sebanyak 28% harga gas asli sektor tenaga iaitu daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU; dan

2. Kenaikan purata 2.0% untuk menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak Jun 2006.

Mengikut kata sumber-sumber kerajaan pula kenaikan ini adalah satu proses perasionalisasian subsidi.

Walaubagaimanapun, pengguna domestik dengan penggunaan kurang 300 kwh tidak terkesan SECARA LANGSUNG dengan kenaikan ini. 

Pengguna domestik tidak dapat tidak pastinya khuatir yang  pengguna industri & komersial yang mengalami kenaikan tarif sehingga 10% akan cuba meletakkan "bebanan tambahan"  ini kepada pengguna.

Ketika berita ini ditulis, belum ada jadual tarif yang spesifik dikeluarkan TNB. Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut.

Kemaskini 31 Mei 2011:
Jadual Tarif Elektrik Berkuatkuasa 1 Jun 2011 (Klik mengikut kategori)

Isnin, 9 Mei 2011

AWAS - Lelaki Menyamar Pekerja TNB


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.

Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.

“Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.

“Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa,” katanya.

Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.

“Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,” katanya.

Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.

Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.

“Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.

“Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya,” katanya.

Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.

Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

“Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

Sumber: KedahLanie

Isnin, 28 Mac 2011

Arc Flash; Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Di Tepi Pantai


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal berumah di tepi pantai, tapi kalau dah buat rumah tepi pantai tu, kenalah lebih berhati-hati dan bersedia akan apa jua kemungkinan. Kalau dah ditakdirkan berlaku juga tragedi, redha je la.....

Sambil-sambil tu, cuba fikirkan apa yang sebenarnya berlaku....



Sumber Video: Fikri Fick @ Chargeman Group
© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin