Sumber: Berita Hairan 4/7/2011
JOHOR BAHRU: Kewujudan sindiket menawarkaan produk dan kepakaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor kerugian lebih RM9 juta sejak awal tahun ini.
Perbuatan didalangi kumpulan berkenaan menyebabkan banyak premis perniagaan termasuklah hotel ternama dan kilang membayar jumlah tertentu untuk mengurangkan penggunaan elektrik mereka dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada TNB.
Pengurus Besar Negeri, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata kerugian berkenaan berdasarkan 1,336 kes kecurian yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan sektor komersial seperti rumah kedai, hotel, klinik, stesen minyak dan kilang sebagai penyumbang utama.
Katanya, Johor negeri ketiga mencacatkan kes kecurian elektrik tertinggi selepas Selangor dan Pulau Pinang dengan kebanyakan kes pengubahan meter didalangi sindiket yang menawarkan perkhidmatan serta produk pengurangan tenaga.
“Untuk mengatasinya, Unit Pengekangan Kecurian Arus (SEAL) TNB dianggotai 30 petugas diarah menjalankan operasi dari semasa ke semasa di sekitar negeri ini, Negeri Sembilan dan Melaka, " katanya.
Mohd Aminuddin berkata, kegiatan kecurian elektrik yang didalangi kumpulan itu masih mampu dikesan pihaknya yang turut mempunyai kepakaran memeriksa kebocoran tenaga berkenaan dengan kadar segera.
“TNB menggunakan sistem canggih iaitu Alat Kawalan Jauh Bacaan Meter yang boleh mengesan secara automatik jika berlaku pengurangan penggunaan elektrik secara luar biasa walaupun premis terbabit terletak jauh seperti di Segamat.
“Unit SEAL akan terus datang ke lokasi berkenaan dan jika didapati pemilik premis mencuri elektrik, kami berkuasa menyekat penggunaan elektrik selama tiga bulan di sana mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan mudah hingga menyebabkan pengguna didenda serta dikenakan tindakan mahkamah.
Pada masa sama, beliau menjelaskan pengguna turut terdedah risiko kemalangan kerana peralatan pengurangan elektrik terbabit dihasilkan tanpa mengikut piawaian.
Justeru katanya, orang ramai yang curiga dengan kehadiran individu yang mendakwa kakitangan TNB yang menawarkan perkhidmatan pengurangan tenaga itu boleh menghubungi talian TNB Careline di 1554 atau pusat sehenti di 1300 88 5454.
Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, TNB akan menggantikan lebih 250,000 meter elektrik lama berusia lebih 15 tahun di seluruh negeri ini secara berperingkat berikutan ia sudah tidak berkesan termasuk gagal merekodkan bacaan penggunaan sebenar.
P/S: iyeeeee ke? itu bukan alat jimat tu...tu alat curi elektrik atau teknik curi elektrik.... alat jimat elektrik yang aku tau, hanya mengambil kesempatan ke atas tidak cekapnya peralatan elektrik atau pendawaian dalaman pengguna, malah dalam sesetengah kes, mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem penghantaran elektrik pemegang lesen. Renung-renungkan....
ha'ah, abih alat jimat elektrik tu betul ke jimat letrik, setakat tunjuk penurunan current baik tak payah, tunjuk la penurunan kW @ kWh, baru bleh citer, Power Factor ni hanya penting untuk yg ade tariff PF penalti, rumah2 takde. cukup2 la dengan bende2 jimat tenaga ni, nak jimat mula dengan sikap kita sendiri
BalasPadamCuba lihat di page FB " Reseller Batu Pahat " Apa komen anda? Alat elektrik.... input arus 168w tetapi output ke DB 2000~3000watt.... dipasang selepas meter...
BalasPadam