Jumaat, 27 Jun 2008

Kuasa Solar Di Malaysia


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia



Malaysia sudah pun terlibat dalam teknologi ini sejak lebih dari 10 tahun. Pihak TNB menerusi agensinya, TNRD telah membuat kajian dan mencuba dibeberapa tempat seperti di Kuarters kakitangan dan komuniti luar bandar. Beberapa pakar dari universiti tempatan juga dalam masa yang sama membuat R&D masing-masing.

Solar panel biasanya merujuk kepada sistem solar water heater (seperti yang dipasang di bumbung-bumbung rumah). Solar module biasanya merujuk kepada sistem solar photovoltaic (PV). Ianya dipanggil module sebab sistem ini adalah modular (boleh dipasang mengikut kapasiti yang dikehendaki samada secara siri atau selari bergantung dengan konfigurasi sistem).


Secara purata hasil dari kajian R&D tempatan, Energy Yield adalah 1,200 kWh/kWpeak/year. Maksudnya, setiap 1 kWpeak solar PV akan menjana 1,200kWh tenaga elektrik setahun. Sekiranya anda menggunakan tenaga 400kWh/month (12 * 400 = 4800 kWh/year), maka kapasiti yang diperlukan ialah (4800/1200) = 4 kWp.

Solar panel sistem pula terdiri kepada 2 jenis, Storage sistem dan juga Grid Connected.

Storage system biasanya mempunyai bateri untuk menyimpan tenaga yang dijana pada waktu siang dan diguna pada waktu malam (juga sebahagian di siang hari). Sistem ini juga biasanya digabung dengan beberapa sumber tenaga seperti janakuasa diesel atau kincir angin atau kedua-dua sekali, yang mana juga dinamakan Solar Hibrid.

Sistem ini telahpun dipasang di beberapa komuniti pedalaman dan juga kini sedang dalam proses dipasang di sekolah-sekolah luar bandar di Sabah & Sarawak yang mana jauh dari grid bekalan elektrik. Pulau-pulau peranginan di Semenanjung Malaysia juga tidak ketinggalan seperti di Pulau Perhentian (Hibrid Solar+Diesel+ angin), Pulau kapas, etc.

Grid connected system pula merupakan sistem yang disambung secara selari dengan bekalan elektrik utiliti (TNB - utiliti company di Semenanjung, SESB - di Sabah dan SESCO - di Sarawak). Sistem ini tidak mempunyai sistem bateri untuk simpanan tenaga. Tenaga yang dijana (sebahagiannya diguna oleh premis itu sendiri) akan disalurkan (export) ke grid utiliti atau dalam erti kata lain, dijual ke grid. 

Diwaktu malam (atau waktu dimana penggunaan tenaga elektrik melebihi kapasiti yang dijana), tenaga elektrik ini akan dibeli semua (import) dari grid utiliti. Dalam erti kata lain, grid utiliti (TNB) merupakan 'sistem bateri untuk menyimpan lebihan tenaga'. Proses import-export ini berlaku secara automatik tanpa melibatkan sebarang sistem mekaniakal atau switch gear dan dirakam/rekod oleh sistem meter yang mempunyai kemudahan import-export feature.

Sistem grid connected ini telahpun dipasang dibeberapa buah rumah, sekolah dan pejabat kerajaan. TNB pula telah memasang sistem ini di beberapa premis TNB sejak lebih dari 10 tahun dulu sebagai kajian. Kerajaan Malaysia dengan kerjasama UNDP-GEF (Global Environment Facility) sedang bekerjasama untuk memajukan industri ini menerusi projek Malaysia Building Integrated Photo-Voltaic (MBIPV) yang diurus oleh Pusat Tenaga Malaysia (PTM) di Bangi. Projek ini dianggotai oleh pakar tempatan dan luar negara yang diketuai oleh pakar dari TNRD. 

Salah satu matlamatnya ialah untuk mengurangkan harga pemasangan teknologi PV menerusi insentif-insentif khas termasuk technology transfer. Mereka-mereka yang ingin menyertai program ini (Suria 1000 programme) atau BIPV demo programme, bolehlah menghubungi PTM. Maklumat projek dan aktiviti ada di sini atau sini. BIPV bermaksud sistem solar PV ini diintegrasi dengan sistem struktur bangunan. Contohnya, module PV tersebut menjadi sebahagian dari bumbung bangunan (atau di negara beriklim sejuk, sistem ini diintegrasi dengan bumbung dan juga dinding bangunan).

Untuk makluman, sistem ini telah dipasang di;

a) Bangunan Pusat Tenaga Malaysia PTM ZEO (Towards Zero Energy Office building) di Bangi (Maklumat lanjut di sini atau sini.)
b) Sekolah Menengah Sri Aman, Petaling Jaya.
c) Beberapa rumah di Presint 16, Putrajaya.
d) Bangunan HQ Putrajaya Perdana, Precint 16, Putrajaya
e) Beberapa rumah milik persendirian di sekitar Kuala Lumpur, Subang, Semenyih, Melaka, etc.
f) Bangunan Suruhanjaya Tenaga Malaysia Sustainable Building, Precint 2, Putrajaya (sedang dalam pembinaan)
g) Sedang dalam proses - pihak pemaju perumahan dan beberapa rumah persendirian (mungkin anda salah seorang yang berminat, boleh mencuba)

Mengenai harga sistem BIPV ini ianya bergantung dengan teknologi yang digunakan samada module Polycrystaline, Monocrystaline atau Amorphous (thin film). Secara umum, harga pemasangan sistem BIPV (lengkap dengan pemasangan termasuk inverter) adalah dalam RM23-25K / kWpeak. Harga ini menurun dari tahun ke tahun. Tahun lepas adalah RM 28K/kWp. Rules of thumb, jika anda ingin memasang 4 kWp BIPV, maka anggaran kosnya ialah RM23,000 X 4Kwp = RM92,000. Harganya mungkin lebih tinggi jika ianya dibuat tanpa merujuk kepada pakar BIPV atau MPIA (Persatuan Perusahaan Photovoltaic Malaysia). Di Malaysia, hasil dari kerjasama pihak kerajaan, universiti tempatan, TNB dan SIRIM, telah diwujudkan satu standard pemasangan sistem PV. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan salinan dari SIRIM (Department of Standard).

Selain itu, kepada mereka-mereka yang berminat untuk menceburi bidang BIPV, bolehlah mengikuti kursus kompentasi anjuran Pusat Tenaga Malaysia-MBIPV projek di Bangi. Kursus ini meliputi latihan teori, praktikal dan ujian. Untuk pengetahuan, pihak PTM-MBIPV dan MPIA mendapat kelulusan/akreditasi dari badan antarabangsa untuk menganjur kursus tersebut. Maklumat lanjut di sini.

Untuk pengetahuan, terkini ada 2 syarikat international sedang dalam proses membuka kilang PV module di Malaysia. Satu di Kulim (First Solar) dan satu di Dengkil-Cyberjaya (3 minggu lepas ada iklan pengambilan pekerja dalam akhbar). Dikhabarkan terdapat satu lagi syarikat international dari US sedang berunding untuk masuk ke Malaysia. 

Kita berharap dengan adanya kemajuan dalam industri ini, maka kos pemasangan akan menurun menjadi viable. Sama sperti, industri telefon bimbit dahulu. Dulu cuma tokeh balak / org kaya / company sahaja yang mampu memiliki telefon mudah alih (sebesar tong gelen - ATUR) yang berharga berbelas ribu ringgit. Kini, harga telefon bimbit yang baru boleh serendah RM99. Itu belum lagi yang 2nd hand. Budak sekolah pun mampu beli.

Sumber:  asetip / melayu-trade

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila....sila...sila tambah lauk..... :)

© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin