Jumaat, 20 Jun 2008

Sejarah Kereta Elektrik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia


Sejak 175 tahun kereta elektrik dicipta

Kenaikan harga bahan api kebelakangan ini, kembali mempopularkan kereta berkuasa elektrik hinggakan pengeluar kereta seluruh dunia berlumba-lumba mempercepat R & D bagi menghasilkan kereta elektrik yang efisyen tetapi mampu milik. Namun bukan ini yang saya ingin ulas sebenarnya. Kali ini saya tulis berkenaan sejarah kereta elektrik.


Pengenalan

Kereta elektrik pertama berada di jalanraya pada tahun 1830-an, 30 tahun sebelum Perang Saudara Amerika malah ianya lebih popular ketika itu. Pada tahun 1900, dari 4912 kereta yang dihasilkan, 28% adalah kereta elektrik dan pada tahun 1903, penjualan kereta berkuasa elektrik mengatasi kereta berkuasa gasolin, mewakili 1/3 dari jumlah kereta yang berada di jalan-jalan di New York, Boston dan Chicago.

Apa yang menyebabkan kereta elektrik popular? Secara asasnya, penyebab kejayaannya adalah seperti apa yang orang zaman sekarang fikirkan berkenaan kereta elektrik pada hari ini; ia lebih senyap, mudah dipandu dan yang lebih penting tidak menghasilkan bau atau gas berbahaya.

Kuasa Bateri

Kereta elektrik pertama dicipta oleh Robert Anderson dari Scotland pada tahun 1830-an dikuasakan bateri yang tidak boleh dicas semula. Ketika itu, kereta masih dikuasakan dengan enjin stim. Orang-orang Perancis telah memperbaiki kaedah penyimpanan kuasa bateri dan semenjak itu, kereta elektrik berkembang di Perancis dan Britain pada lewat 1800-an dan di Amerika pada awal 1900-an.

Ketika itu kereta elektrik hanya boleh bergerak sehingga 20 batu/jam dan terhad kepada golongan berada dan ‘target’ pasarannya pula ialah wanita kerana faktor pengendalian yang mudah (ketika itu kereta berkuasa gasolin susah untuk dihidupkan dan sangat bahaya!). Pada 1900, rekod kelajuan 66 batu/jam dicatatkan menggunakan bateri 12 volt dan rekod perjalanan bagi satu bateri ialah 180 batu.

“Kepupusan” Kereta Elektrik

Ketika itu, apa sebenarnya yang berlaku kepada kereta elektrik? Pengurangan permintaan disebabkan oleh 2 individu berikut; Henry Ford dan Anthony Lucas.
Nama Henry Ford muncul pada tahun 1930 dengan kata-kata, “ I WILL BUILD A CAR FOR THE GREAT MULTITUDE”. 


Pada tahun 1908 pengeluaran kereta dilakukan secara besar-besaran. Model T boleh dipasang dalam 93 minit sahaja! Ini bermakna kereta berenjin gasolin lebih mampu dimiliki. 


Pada tahun 1912, sebuah kereta elektrik dijual dengan harga $1750.00 manakala saingannya dijual pada harga hanya $650.00.
Penjualan kereta elektrik sampai kemuncaknya pada tahun 1912 dan terus merudum selepas itu.

Dibantu dengan faktor penemuan EMAS HITAM oleh Anthony Lucas di Spindletop pada 1901 menyebabkan penggunaan kereta adalah sesuatu yang boleh dikatakan termampu ramai.

Sudah lebih 100 tahun semenjak Ford mengeluarkan kereta secara besar-besaran, kereta berkuasa bahan bakar petrol masih mendominasi pasaran. Walaubagaimanapun, tidak seperti peristiwa Spindletop pada 1901, harga minyak semakin meningkat pada hari ini. Malah Ford Motor Co sekarang sedang mencari jalan bagi menghasilkan kereta elektrik yang mampu milik, bayangkan ketika mereka mula-mula menyingkirkan penguasaan kereta elektrik dahulu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila....sila...sila tambah lauk..... :)

© Saiful Nizam Sarikin 2007 - 2012. All Copyright Reserved by Saiful Nizam Sarikin