Sabtu, 10 Mac 2012
Isnin, 5 Mac 2012
Sabtu, 3 Mac 2012
Khamis, 1 Mac 2012
Jumaat, 24 Februari 2012
Rabu, 22 Februari 2012
Penjualan Tenaga Solar, Biogas di Pajam kepada TNB Mulai Mac
NILAI: Tenaga solar dan biogas yang dihasilkan menerusi Fasa
1 projek tenaga boleh baharu, Integrated Renewable Energy Park, di tapak
pelupusan sampah Pajam dekat sini yang siap pada Disember 2011, akan mula
dijual kepada Tenaga Nasinal Bhd (TNB) mulai Mac depan.
Tenaga boleh baharu menerusi fasa kedua projek itu yang dijangka siap pada 31
November depan, pula akan dijual kepada TNB pada 8 Januari 2013.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata projek fasa
satu menghasilkan lima megawatt tenaga solar dan satu megawatt biogas, manakala
fasa kedua pula menghasilkan lapan megawatt tenaga solar dan satu megawatt
biogas.
TNB akan membuat pengagihannya tenaga berkenaan di kawasan
sekitar Nilai dan Pajam, katanya kepada pemberita selepas meninjau kemajuan projek
Taman Tenaga Boleh Baharu itu petang semalam.
Beliau berkata, pelaksanaan projek ini merupakan usaha yang baik bagi menambah
pengeluaran tenaga boleh baharu seperti solar dan biogas.
Projek yang dibangunkan Cypark Resources Bhd (CRB) itu adalah projek pertama
yang menjana dua jenis tenaga boleh baharu iaitu tenaga solar dan biogas di
tapak pelupusan sampah Pajam seluas 32.5 hektar.
Projek itu juga akan menjadi penyumbang utama dalam mencapai hasrat untuk
mengurangkan 40 peratus pelepasan karbon dioksida menjelang tahun 2020.
Mohamad berkata, selain Pajam, dua lagi kawasan yang dikenal pasti untuk
menjayakan projek yang sama iaitu tapak pelupusan sampah Bukit Palong, Port
Dickson seluas 14.22 hektar dan Kuala Sawah, Rantau seluas 11.38 hektar.
Katanya, projek di Bukit Palong dan Kuala Sawah mampu mengeluarkan tenaga boleh
baharu sebanyak lima megawatt tenaga solar dan satu megawatt biogas.
"Kerja tapak di Bukit Palong dan Kuala Sawah bermula awal bulan depan dan
dijangka siap Jun depan. Apabila semua tapak pelupusan sampah di kawasan pihak
berkuasa tempatan di Seremban, Nilai, Port Dickson dan Rembau ditutup, sebuah
tapak pelupusan sampah baharu seluas 81.25 hektar akan dibuka di Bukit Nanas,
Port Dickson (berhampiran Kualiti Alam Sdn Bhd), menerusi fasa 1 dan dibuka
Julai depan.
"Tapak pelupusan sampah di Bukit Nanas yang turut diurus oleh CRB, juga
akan dibangunkan untuk mengeluarkan tenaga boleh baharu," katanya.
Mohamad berkata, apabila kesemua projek ini dilaksanakan sepenuhnya, Negeri
Sembilan akan menjadi pertama dan terbesar di negara ini yang mengeluarkan
tenaga boleh baharu.
"Yang pentingnya di sini, kita dapat bersama-sama membantu negara
mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan pada masa yang sama, kita juga dapat
menjayakan dasar teknologi hijau yang telah kita lancarkan tahun lalu,"
katanya. - BERNAMA
Selasa, 21 Februari 2012
Nyaris Rentung Kena Renjatan
SYAJARATULHUDAMOHAMAD ROSLI (Sinar Harian)
21 Februari 2012
GEORGETOWN - Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) nyaris rentung apabila terbakar dan melecur di seluruh bahagian badannya selepas pencawang utama TNB di Jalan Kangsar dekat sini meletup secara tiba-tiba.
Dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, Zaini Ismail, 35, dikatakan sedang membaiki kerosakan aliran bekalan elektrik pada pencawang itu dengan diawasi lima pekerja TNB sebelum kejadian.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba salah satu peralatan di pencawang itu meletup dan mengeluarkan api sebelum menyambar mangsa.
Akibat letupan terbabit, beberapa premis di kawasan itu terputus bekalan elektrik.
Pegawai Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Samsudin Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan parah berikutan hampir 80 peratus badannya melecur.
21 Februari 2012
GEORGETOWN - Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) nyaris rentung apabila terbakar dan melecur di seluruh bahagian badannya selepas pencawang utama TNB di Jalan Kangsar dekat sini meletup secara tiba-tiba.
Dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, Zaini Ismail, 35, dikatakan sedang membaiki kerosakan aliran bekalan elektrik pada pencawang itu dengan diawasi lima pekerja TNB sebelum kejadian.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba salah satu peralatan di pencawang itu meletup dan mengeluarkan api sebelum menyambar mangsa.
Akibat letupan terbabit, beberapa premis di kawasan itu terputus bekalan elektrik.
Pegawai Operasi Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Samsudin Ahmad berkata, mangsa mengalami kecederaan parah berikutan hampir 80 peratus badannya melecur.
Samsudin berkata, pihaknya terpaksa menggunakan jaket khas
bagi membalut badan mangsa sebelum di kejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP)
untuk menerima rawatan.
“Ketika terkena renjatan elektrik itu, mangsa masih dalam keadaan sedar malah kakitangan TNB yang berada di situ membantu memadamkan api menggunakan pemadam api yang disediakan di dalam pencawang itu sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.
“Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 7.53 malam dan tiba selepas tiga minit kemudian bersama sebuah jentera dan enam anggota.
“Kita menerima panggilan mengatakan berlaku satu letupan di pencawang TNB di sini menyebabkan seorang mangsa cedera parah,” katanya.
Samsudin berkata, Jabatan Penyiasat Forensik Kebakaran akan menjalankan siasatan.
Difahamkan mangsa masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.
“Ketika terkena renjatan elektrik itu, mangsa masih dalam keadaan sedar malah kakitangan TNB yang berada di situ membantu memadamkan api menggunakan pemadam api yang disediakan di dalam pencawang itu sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.
“Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 7.53 malam dan tiba selepas tiga minit kemudian bersama sebuah jentera dan enam anggota.
“Kita menerima panggilan mengatakan berlaku satu letupan di pencawang TNB di sini menyebabkan seorang mangsa cedera parah,” katanya.
Samsudin berkata, Jabatan Penyiasat Forensik Kebakaran akan menjalankan siasatan.
Difahamkan mangsa masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.
Sabtu, 18 Februari 2012
Rabu, 21 September 2011
Bolehkah Kita Hidup Tanpa Elektrik?
Boleh ke? Bayangkan elektrik tak pernah ditemukan dan takkan ditemukan.
Rabu, 31 Ogos 2011
Lampu Solar dari Botol Plastik Minuman
Kesukaran dalam hidup lazimnya membuatkan seseorang menjadi lebih kreatif, sekurang-kurangnya ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Seperti yang dapat kita lihat dalam video di bawah ini, walaupun lampu solar botol plastik tersebut hanya berfungsi pada waktu siang, banyak rumah di kejiranan miskin di Filipina mendapat manfaat darinya.
Selasa, 5 Julai 2011
TNB Rugi RM9j Sindiket Produk Jimat Elektrik?
Sumber: Berita Hairan 4/7/2011
JOHOR BAHRU: Kewujudan sindiket menawarkaan produk dan kepakaran bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor kerugian lebih RM9 juta sejak awal tahun ini.
Perbuatan didalangi kumpulan berkenaan menyebabkan banyak premis perniagaan termasuklah hotel ternama dan kilang membayar jumlah tertentu untuk mengurangkan penggunaan elektrik mereka dan menyebabkan kerugian yang banyak kepada TNB.
Pengurus Besar Negeri, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata kerugian berkenaan berdasarkan 1,336 kes kecurian yang dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan sektor komersial seperti rumah kedai, hotel, klinik, stesen minyak dan kilang sebagai penyumbang utama.
Katanya, Johor negeri ketiga mencacatkan kes kecurian elektrik tertinggi selepas Selangor dan Pulau Pinang dengan kebanyakan kes pengubahan meter didalangi sindiket yang menawarkan perkhidmatan serta produk pengurangan tenaga.
“Untuk mengatasinya, Unit Pengekangan Kecurian Arus (SEAL) TNB dianggotai 30 petugas diarah menjalankan operasi dari semasa ke semasa di sekitar negeri ini, Negeri Sembilan dan Melaka, " katanya.
Mohd Aminuddin berkata, kegiatan kecurian elektrik yang didalangi kumpulan itu masih mampu dikesan pihaknya yang turut mempunyai kepakaran memeriksa kebocoran tenaga berkenaan dengan kadar segera.
- Gambar Hiasan: Ini baru la curi elektrik namanya.....

“TNB menggunakan sistem canggih iaitu Alat Kawalan Jauh Bacaan Meter yang boleh mengesan secara automatik jika berlaku pengurangan penggunaan elektrik secara luar biasa walaupun premis terbabit terletak jauh seperti di Segamat.
“Unit SEAL akan terus datang ke lokasi berkenaan dan jika didapati pemilik premis mencuri elektrik, kami berkuasa menyekat penggunaan elektrik selama tiga bulan di sana mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan helah sindiket yang hanya mahu mengaut keuntungan mudah hingga menyebabkan pengguna didenda serta dikenakan tindakan mahkamah.
Pada masa sama, beliau menjelaskan pengguna turut terdedah risiko kemalangan kerana peralatan pengurangan elektrik terbabit dihasilkan tanpa mengikut piawaian.
Justeru katanya, orang ramai yang curiga dengan kehadiran individu yang mendakwa kakitangan TNB yang menawarkan perkhidmatan pengurangan tenaga itu boleh menghubungi talian TNB Careline di 1554 atau pusat sehenti di 1300 88 5454.
Sementara itu, dalam perkembangan sama beliau berkata, TNB akan menggantikan lebih 250,000 meter elektrik lama berusia lebih 15 tahun di seluruh negeri ini secara berperingkat berikutan ia sudah tidak berkesan termasuk gagal merekodkan bacaan penggunaan sebenar.
P/S: iyeeeee ke? itu bukan alat jimat tu...tu alat curi elektrik atau teknik curi elektrik.... alat jimat elektrik yang aku tau, hanya mengambil kesempatan ke atas tidak cekapnya peralatan elektrik atau pendawaian dalaman pengguna, malah dalam sesetengah kes, mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem penghantaran elektrik pemegang lesen. Renung-renungkan....
Khamis, 30 Jun 2011
Persidangan Keselamatan Elektrik
Suruhanjaya Tenaga akan menganjurkan Persidangan Keselamatan Elektrik pada 21 dan 22 Julai 2011.
Antara intipati persidangan tersebut adalah bagaimana untuk memperkasakan keselamatan elektrik melalui penguatkuasaan undang-undang, amalan terbaik bagi keselamatan elektrik, kajian kes kebakaran berkait elektrik dan banyak lagi. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web SURUHANJAYA TENAGA atau klik SINI untuk brosur persidangan tersebut. Yuran penyertaan RM 100.00 sahaja.
Isnin, 30 Mei 2011
Tarif Elektrik Sah Naik!
Berita baik yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Tarif elektrik sah naik berkuatkuasa 1 Jun 2011.
Tarif purata meningkat sebanyak 7.12%.
Kenaikan ini mengikut laman web TNB disebabkan oleh:
1. Kenaikan purata 5.12% berikutan peningkatan sebanyak 28% harga gas asli sektor tenaga iaitu daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU; dan
2. Kenaikan purata 2.0% untuk menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak Jun 2006.
Mengikut kata sumber-sumber kerajaan pula kenaikan ini adalah satu proses perasionalisasian subsidi.
Walaubagaimanapun, pengguna domestik dengan penggunaan kurang 300 kwh tidak terkesan SECARA LANGSUNG dengan kenaikan ini.
Pengguna domestik tidak dapat tidak pastinya khuatir yang pengguna industri & komersial yang mengalami kenaikan tarif sehingga 10% akan cuba meletakkan "bebanan tambahan" ini kepada pengguna.
Kemaskini 31 Mei 2011:
Jadual Tarif Elektrik Berkuatkuasa 1 Jun 2011 (Klik mengikut kategori)
Isnin, 9 Mei 2011
AWAS - Lelaki Menyamar Pekerja TNB
BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan
dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad
(TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan
diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.
Mangsa,
Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada
dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang
membawa kerugian hampir RM10,000.
Menurutnya,
ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja
masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.
“Sebaik
keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai
pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.
“Setelah
memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan
motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad
pengenalan untuk diperiksa,” katanya.
Siti
Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang
diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.
“Pekerja
TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada
sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan,” katanya.
Menurutnya,
secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan
memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.
Katanya,
pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.
“Saya
meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.
“Mungkin
disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak
bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya,”
katanya.
Siti
Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya
namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri
menggunakan motosikal.
Menurutnya,
dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan
kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
“Saya
menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak
dikenali,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika
dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.
Sumber: KedahLanie
Isnin, 28 Mac 2011
Arc Flash; Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Di Tepi Pantai
Sebenarnya bukan nak cerita sangat pasal berumah di tepi pantai, tapi kalau dah buat rumah tepi pantai tu, kenalah lebih berhati-hati dan bersedia akan apa jua kemungkinan. Kalau dah ditakdirkan berlaku juga tragedi, redha je la.....
Sambil-sambil tu, cuba fikirkan apa yang sebenarnya berlaku....
Sumber Video: Fikri Fick @ Chargeman Group
Isnin, 28 Februari 2011
Pekeliling Mengenai Pelaksanaan Sistem Peperiksaan Kekompetenan Melalui Institusi Yang Ditauliah
Khamis, 30 September 2010
Persembahan Lampu Yang Gempak
Yang ni biasa je...
Yang ni pun boleh dikatakan biasa je...
Yang bawah ni, Amazing!!!
Sabtu, 14 Ogos 2010
Menara Al-Burj Dipanah Petir
![]() |
| Imej menunjukkan satu sinaran kilat yang besar memanah puncak menara paling tinggi di dunia. |
Gambar ini diambil oleh pelajar Mahmoud Hamdan ketika sedang memerhatikan ribut petir yang sangat besar melanda Dubai, di Emiriah Arab Bersatu.
Burj Khalifa, setinggi 828m. Pelajar berumur 23 tahun ini mula mengambil gambar bangunan yang tertinggi dunia ketika petir yang besar memanah puncak bangunan.
Satu pancaran kilat antara dua untuk tiga batu jauhnya itu mempunyai tenaga melebihi daripada 100,000,000 volt.
Mahmoud berasal daripada Palestin, yang sedang menuntut kejuruteraan seni bina, berkata ia sangat bertuah kerana beliau baru sahaja membeli kamera ini.
Katanya: “Saya keluar untuk melihat ribut kerana ia sangat jarang terjadi di Dubai.
“Saya sedang mengambil gambar-gambar langit di atas bandar raya yang mengagumkan, kemudian dengan tiba-tiba terjadi kilat yang sangat besar.”
Kredit: ntvirus
P/S: 100,000,000 V = 100 ribu kV, cuma pernah handle 11kV...
Isnin, 26 Julai 2010
Electrify or Fry?!!
Photo Credit to C. Makulim
Sabah is definitely a good place to stay…
Listed below are the reasons given why it’s worth a stay in Sabah:
1) Nice beach
2) Nice scenery
3) Relaxing
4) Friendly & warm greetings from Sabahan
5) Sabah bahhhhhh…
6) I want to conquer Mount Kinabalu
7) I like adventurous stuff like river rafting
8 ) Enjoy the nature
9) Sexy & Beautiful ladies – The Kadazan & The Dusun
10) I love Sabah!!!
What does electrifying or frying has to do with all these reasons?!!!!
Ah Moi: Aiyoh, why you didn’t pay electricity bill this month?
Ha Moi: What?!!I have paid already lahh! Wait, let me call SESB!
Ha Moi: Harloww..SESB?? Kenapa rumah sa kana putung elektrik ooo?? Sa ssuuuuudah bayar itu bil elektrik.
Minah Sambut Talipon: Tunggu aaa..Ko panggil ini nombor. Dua ampat anam, lima anam anam..
Ha Moi: SESB?? Aiyoh sa punya rumah kena putung elektrik, ancik..Amacam ooo..Sa ada bayar itu bil elektrik..
Bilik 3: Iyakah? Bila ko bayar itu bil? Bagi nombor akaun SESB cik?
Ha Moi: Sa bayar 7haribulan anam mahh…Nombor akaun 12345678
Bilik 3: Wahhh..patutlahh..Ah Moi aaaa..Lu bayar selepas itu tempoh bayar, mesti kana putung elektrik punya sebab kami masih belum update itu sistem..Len kali bayar awal sikit mahh…
Ha Moi: -_- ”
Guess what happened at night?
Bi Ko Moi: Ha Moi, how to take shower if like that? Very cold. Where is the candle? Ha Moi? Ha Moi? Ha Moi aaaaaaa..Where are you???!!!
Ha Moi: ZzZZzzzzzZZzzzzzZZZZZzzzzZZZZzzzzzzzzzZZZZZzz
If you were in this kinda situation, do you feel like you want to fry that person just because they simply didn’t update the system effectively and cut your house electricity? And guess what?!! You have to live in darkness for 48 hours in order for the power supply to be connected to your house again?!!
By Earth Pulse
P/S: Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!
P/S/S: Fry them out once for all!!
Sabtu, 26 Jun 2010
Power Saving Tips for BlackBerry SmartPhone
Network Connections
Turn off unused connections when not in use for example: Wi-Fi ® Bluetooth® (Manage Connections)
Use “Auto On/Off” (Options>AutoOn/Off)
Use a single mode only. Choose 2G or 3G rather than 2G and 3G. (Options>Mobile Network)
Turn off unused connections when not in use for example: Wi-Fi ® Bluetooth® (Manage Connections)
Use “Auto On/Off” (Options>AutoOn/Off)
Use a single mode only. Choose 2G or 3G rather than 2G and 3G. (Options>Mobile Network)
Applications
When exiting, be sure to close the app, not leave it running in the background. (close with the ESC key, the rounded arrow not red power end key. Or, choose Menu button
and scroll down to close)
Log out of applications when they are not needed.
When exiting, be sure to close the app, not leave it running in the background. (close with the ESC key, the rounded arrow not red power end key. Or, choose Menu button
Log out of applications when they are not needed.
Screen/Keyboard
Reduce Backlight Timeout (Options> Screen/Keyboard)
Reduce Backlight Brightness (Options > Screen/Keyboard)
Use a device holster (this turns off LCD automatically when you put your device away)
Set Audible Roll for your trackball to mute (Options> Screen/Keyboard)
Key Tone Off (Options> Screen/Keyboard)
Reduce Backlight Timeout (Options> Screen/Keyboard)
Reduce Backlight Brightness (Options > Screen/Keyboard)
Use a device holster (this turns off LCD automatically when you put your device away)
Set Audible Roll for your trackball to mute (Options> Screen/Keyboard)
Key Tone Off (Options> Screen/Keyboard)
Camera
Turn off flash (Camera > Options)
Set picture size to Small (Camera > Options)
Set Color Effect to Normal (Camera > Options)
Set Picture Quality to Normal (Camera > Options)
Turn off flash (Camera > Options)
Set picture size to Small (Camera > Options)
Set Color Effect to Normal (Camera > Options)
Set Picture Quality to Normal (Camera > Options)
GPS
Turn off GPS when not required (Options > Advanced Options > GPS)
Use the zoom out function to get the largest viewable area that you can still use usefully.
Browsing
Close browser when finished using (close with ESC key, not red End key)
Turn off GPS when not required (Options > Advanced Options > GPS)
Use the zoom out function to get the largest viewable area that you can still use usefully.
Browsing
Close browser when finished using (close with ESC key, not red End key)
This is pretty big list, do you have any additions? Or maybe just some general "green" tips for life?
~BlackBerry Community Post~
Langgan:
Catatan (Atom)









